Sejak hari Isnin lalu iaitu 22 Februari 2021, terdapat ramai pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah mula menerima bayaran masing masing melalui rujukan laman Facebook. Namun masih ramai juga yang belum menerima bayaran BPR samada penerima sedia ada atau pemohon baru.
Pasti ramai yang mempersoalkan samada ada mereka lulus atau tidak ketika status masih “Permohonan Diterima” setelah membuat semakan status dibuat di laman web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Dibawah akan dikongsikan penjelasan bagi menjawab persoalan yang dirisaukan oleh pemohon yang masih berstatus “Permohonan Diterima”.
BACA JUGA : BANTUAN PERMAI : TARIKH PEMBAYARAN SEBANYAK RM500 KEPADA PEMANDU TEKSI, BAS, KERETA SEWA DAN E-HAILING
STATUS “PERMOHONAN DITERIMA”
Untuk pengetahuan anda, semua individu masih berstatus “Permohonan Diterima” sekiranya anda buat semakan status BPR termasuk individu yang telah menerima bayaran sejak 22 Februari.
Status “LULUS” tidak akan dipaparkan untuk masa ini. Pemohon yang layak akan terus menerima bayaran pada tarikh rasmi yang telah ditetapkan oleh Menteri Kewangan iaitu pada 24 Februari 2021.
PERSOALAN DILULUSKAN ATAU TIDAK
Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebelum ini, pasti akan DILULUSKAN untuk permohonan BPR pada kali ini. Pemohon hanya perlu menunggu bayaran masuk ke akaun masing-masing secara berperingkat.
Bagi pemohon baru, sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan isi rumah dan syarat kelayakan bujang bagi permohonan BPR, anda tidak perlu risau. Bayaran akan dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
PEMBAYARAN BPR FASA 1
Pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan antara penerima yang terawal yang menerima bayaran BPR buat masa ini. Ramai diantara mereka yang sudah terima bayaran masing masing.
Bagi pemegang akaun bank yang lain, akan menerima bayaran masing-masing secara berperingkat mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
Pihak kerajaan mengharapkan agar orang ramai sabar untuk menunggu sementara wang bantuan BPR masuk ke akaun bank masing masing secara berperingkat.
Add comment