Mediaklik
BUDI MADANI : Bantuan RM200 telah mula dikreditkan 9 Jun ini dan insentif ini diberikan setiap bulan kepada pemohonan yang lulus.

BUDI MADANI : Bantuan RM200 Mula Dikreditkan Setiap Bulan

BUDI MADANI : Bantuan RM200 telah mula dikreditkan 9 Jun ini dan insentif ini diberikan setiap bulan kepada pemohonan yang lulus.

Program ini adalah sebahagian inisiatif dibawah Belanjawan 2024 dan telah mula dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

BANTUAN RM200 SEBULAN – BUDI MADANI

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selaku Menteri Kewangan II telah memaklumkan sekitar 30,000 penerima mula dapatkan bayaran bantuan khas RM200. Pemberian ini adalah dibawah inisiatif BUDI MADANI dan bayaran pertama telah mula disalurkan secara berperingkat.

Pemohon yang telah diluluskan bagi kategori BUDI Madani individu dan BUDI Agri-komoditi bayaran bulanan RM200 telah mula dikreditkan. BUDI Madani individu adalah merupakan subsidi tunai yang disediakan khusus kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan jenis diesel.

Bagi kategori BUDI Madani Agri-komoditi pula ianya merangkumi golongan petani dan pekebun kecil komoditi. Program khas ini diperkenalkan adalah bagi membantu menampung peningkatan perbelanjaan bahan api diesel pada tahun ini.

PELANCARAN BANTUAN BUDI MADANI

Program BUDI MADANI ini telah dilancarkan pada awal bulan Jun 2024 dan tujuan utama dilaksanakan adalah bagi menyasarkan subsidi untuk membendung ketirisan minyak diesel. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM14.3 bilion bagi program subsidi diesel pada tahun lalu dan program ini bagi menghapuskan penyelewengan diesel secara berleluasa.

Program ini juga diberi keutamaan kepada golongan bukan T20 bagi memastikan setiap insentif bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasar dan memerlukan. Bagi info umum, permohonan bantuan ini masih dibuka dan boleh dikemukakan selagi menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

CARA MOHON BANTUAN BUDI 2024

Kerajaan sarankan kepada warganegara Malaysia yang berstatus pemilik kenderaan diesel, pekebun dan petani agar kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan percuma ini. Panduan cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari pautan rasmi – BUDI MADANI

Bagi yang terlepas pandang, terdapat lebih banyak inisiatif program bantuan telah disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi meringankan beban rakyat. Sila semak SENARAI BANTUAN yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan.

Add comment