Mediaklik
Budi Madani : Tarikh Bayaran Bantuan Subsidi Bulan Julai 2024

Budi Madani : Tarikh Bayaran Bantuan Subsidi Bulan Julai 2024

Budi Madani : Tarikh Bayaran bantuan khas dalam bentuk subsidi bagi bulan Julai 2024 adalah bermula pada 17 hari bulan ini.

Untuk sedia maklum, program istimewa bantuan subsidi ini adalah sebahagian inisiatif yang baru dilaksanakan pada tahun 2024.

Budi Madani : Tarikh Bayaran Subsidi Secara Bulanan

Untuk memastikan kebajikan majoriti rakyat terus dipelihara, kerajaan telah memperkenalkan program budi madani yang berfungsi sebagai platform penyasaran semula subsidi kepada yang memerlukan.

Pemohon terpilih yang berkelayakan akan menerima bantuan tunai RM200 setiap bulan melalui program budi madani ini. Permohonan dibuka khusus kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada petani, penternak, pekebun kecil dan pemilik kenderaan jenis minyak diesel.

Pihak kerajaan dengan komitmen sepenuhnya menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi untuk rakyat.

Dalam program Mysubsidi, terdapat 3 jenis kategori yang boleh dimohon iaitu ;

  1. BUDI Individu
  2. Mysubsidi diesel
  3. BUDI Agri-komoditi

Kepada pemohon yang lulus dalam kategori budi individu dan budi agri-komoditi akan menerima bantuan tunai berjumlah RM200 setiap bulan seiring dengan perlaksanaan penyasaran subsidi jenis diesel.

Tarikh Bayaran Budi Madani Julai 2024

Untuk penerima sedia ada, pengkreditan bantuan RM200 akan mula disalurkan pada 17 Julai ini, manakala kepada pemohon baharu yang telah diluluskan akan menerima bayaran pada bulan berikutnya.

Syarat Khusus Mohon Bantuan Budi Madani (Individu)

Antara kriteria asas kelayakan yang telah ditetapkan bagi program budi madani individu adalah seperti berikut ;

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan di bawah RM100,000
  • Mempunyai kenderaan persendirian jenis diesel
  • Kenderaan diesel disahkan dan berdaftar di JPJ
  • Kenderaan jenis motorsikal tidak layak mohon
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing tidak layak mohon
  • Kenderaan mewah dibawah usia 10 tahun tidak layak.

Langkah Mudah Mohon Bantuan Budi Madani 2024

Kepada yang berkenaan berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tahun ini, Untuk daftar permohonan, sila rujuk pada pautan rasmi bantuan – BUDI MADANI 2024

Maklumat Tambahan

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi menangani dan mengurangkan beban kos sara hidup golongan sasar. Sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon.

Add comment