Cara daftar SSM online. Mudah dan cepat (Pendaftaran Perniagaan Baru)

0

Jika anda aktif dalam perniagaan kecil-kecilan dan ingin meneruskan langkah lebih jauh dalam perniagaan, disini kami kongsikan artikel cara daftar SSM secara online yang sememangnya mudah dan cepat.

Cara Daftar SSM Online

Perniagaan yang boleh perlu didaftarkan terbahagi kepada dua iaitu

1. Perniagaan Milikan Tunggal : Dimiliki sepenuhnya seorang pemilik tunggal
2. Perniagaan Perkongsian : Dimiliki oleh paling kurang 2 orang, dan tidak melebihi 20 orang rakan kongsi

Secara umumnya pendaftaran boleh dilakukan secara konvensional iaitu di pejabat SSM seluruh negara atau melalui atas talian.

Bagi pendaftaran secara online ikuti langkah berikut :

Pendaftaran SSM boleh dilakukan dengan melayari laman web ezBIz di pautan https://ezbiz.ssm.com.my/

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik Sign Up.

cara daftar SSM online

Selepas pendaftaran akaun Ezbiz anda berjaya, seterusnya anda perlu ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berdekatan dengan anda bagi tujuan melengkapkan pendaftaran anda dan tujuan membuat pengesehan biometerik (cap jari). Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan semasa pergi ke pejabat SSM.

Anda boleh mula menggunakan ezbiz seperti biasa setelah langkah di atas selesai untuk mendaftarkan perniagaan anda.

Yuran Pendaftaran SSM

  • Bagi perniagaan milikan tunggal yang menggunakan nama sendiri seperti di dalam MyKad adalah RM30
  • Bagi perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian yang menggunakan nama tredmark adalah RM60
    Pendaftaran cawangan RM5 bagi setiap satu cawangan

Syarat Pendaftaran SSM

Secara ringkasnya syarat pendaftara SSM ini adalah seperti dibawah ini :

  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pemilik dan rakan kongsi sahaja yang dibenarkan membuat pendaftaran SSM

Kami mengucapkan selamat membuat permohonan dan pendaftaran SSM online. Semoga perniagaan apa pun yang dijalankan mendapat berkat dan rahmat dari yang maha kuasa.

Sekiranya anda ada pertanyaan sila komen di ruangan komen dibawah ataupun anda juga boleh  terus hubungi nombor seperti tertera dibawah

03-7721 400

Baca juga : Tokyo 2020 : Regu Badminton Malaysia Aaron Chia-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir

Baca juga : Agong Zahir Rasa Dukacita, PN Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan

Leave A Reply

Your email address will not be published.