Cara mohon i-Citra KWSP pengeluaran sehingga RM5000

0

Permohonan i-Citra bagi pengeluaran wang dari akaun KWSP boleh dibuat melalui pautan rasmi permohonan i-Citra KWSP bermula 12 Julai 2021. Disini kami kongsikan bagaimana cara mohon i-Citra KWSP bagi mereka yang ingin mengeluarkan sejumlah wang dari akaun KWSP mereka sepanjang tempoh PKP kali ini.

Bagi pengeluaran, pihak KWSP memberikan pilihan dimana akaun 2 perlulah digunakan terlenbih dahulu sebelum akaun 1 (sekiranya akaun di dalam akaun 2 tidak mencukupi)

Baca juga : KWSP buka permohonan i-Citra mulai 12 Julai 2021

Berikut kami sediakan panduan lengkap cara bagaimana anda boleh memohon pengeluaran i-Citra.

Cara Mohon i-Citra KWSP

Masuk ke portal rasmi permohonan i-Citra disni dan pilih PERMOHONAN. Setelah itu anda akan dibawa ke halangan seperti dibawah:

Cara Mohon i-Citra KWSP

 

Isikan kad pengenalan MyKad anda beserta nombor telefon bagi mendapatkan kod verifikasi. Klik button Teruskan untuk ke halaman seterusnya seperti dibawah:

Cara Mohon i-Citra KWSP

Setelah anda mendaftarkan nombor telefon anda, kod verifikasi akan dikirimkan ke nombor terebut dan anda perlu memasukkan kod verifikasi tersebut ke dalam ruangan seperti gambar di atas. Anda perlu klik button sahkan nombor OTP dan anda akan ke halaman seterusnya seperti dibawah ini:

Cara Mohon i-Citra KWSP

Pada halaman ini anda diberikan pilihan untuk mengeluarkan jumlah maksimum iaitu RM5000 atau anda boleh tetapkan amaun dibawah RM5000 dengan klik untuk mengurangkan amaun pengeluaran. Klik button teruskan untuk ke halaman selanjutkan dibawah:

Jika anda memilih untuk mengeluarkan jumlah maksimum iaitu RM5000, gambar di atas adalah jadual pembayaran i-Citra anda setiap bulan dimana KWSP akan mengkreditkan setiap bulan sejumlah RM1000 selama lima bulan. Pilih teruskan untuk ke halaman berikutnya.

Masukkan butiran peribadi anda dengan betul dan berhati-hati. Klik button teruskan untuk ke halaman selanjutnya.

Anda juga perlu mengisi butiran akaun bank masing-masing dan memilih jawapan yang sesuai terhadap mengapa anda ingin memohon pengeluatan i-Citra KWSP ini.

Klik teruskan untuk melanjutkan permohonan. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya seperti dibawah:

Pada halaman ini akan dipaparkan maklumat peribadi anda. Anda perlu memastikan segala butiran peribadi ini adalah betul. Klik button teruskan untuk meneruskan permohonan.

Pada halaman terakhir akan kelihatan seperti screenshot di atas, anda perlu centang pada kotak pengesahan mengenai semua maklumat yang diberikan adalah betul. Anda juga perlu centang pada kotak “saya bukan robot” dan klik button “Hantar” untuk menghantar permohonan i-Citra KWSP anda.

Baca juga : Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Dua Bulan Buat Graduan & Penganggur

Untuk maklumat tambahan, pihak KWSP akan mengkreditkan amaun seperti yang dijadualkan bermula bulan Ogos 2021.

Artikel cara mohon i-Citra KWSP ini ditulis pada 12 Julai 2021. Sebarang perubahan mengenai permohonan ini akan dikemaskini.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.