Cara mohon moratorium 2021 – PKP 3.0 Pakej PEMULIH

0

Berikut kami kongsikan cara mohon moratorium 2021 bagi PKP 3.0. Mulai 7 Julai 2021, secara rasminya anda boleh memohon moratotium bagi pinjaman bank anda tanpa syarat seperti yang tekah dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri. Berikut merupakan cara mohon moratorium selama enam bulan.

Tiga cara untuk mohon moratorium 2021 selama 6 bulan

  1. Melalui website rasmi bank masing-masing
  2. Emel
  3. Panggilan telefon

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, anda boleh terus berhubung dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui pautan dibawah :

Lihat juga : Khidmat nasihat kewangan dari APPK

Cara mohon moratorium 2021 selama enam bulan

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk memberikan Moratorium selama 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman bank melalui pakej PEMULIH.

Namun pada kali ini, semua orang boleh mohon moratorium 2021 ianya tanpa syarat seperti sebelumnya tidak kiralah dari golongan B40, M40 ataupun T20 dan usahawan mikro.

Lihat juga : 18,702 guru akan diambil secara one off mulai Julai 2021

 

Adakah permohonan perlu dibuat ataupun ianya akan diberikan secara automatik?

Ya, permohonan perlu dibuat dan diajukan kepada bank masing-masing. Walaupun demikian, kelulusan akan diberikan secara automatik.

Pinjaman apa yang dibenarkan untuk moratorium PKP 3.0 ?
  • Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing
  • Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)
  • Pinjaman pelajaran (education)
  • Pinjaman ASB (ASB financing)
  • Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)

Hire Purchase

  • Pinjaman kenderaan

Personal Loan / Financing

  • Pinjaman peribadi

Credit Card

  • Hutang kad kredit

 

Adakah interest akan berjalan seperti biasa jika kita ambil moratorium?

Bergantung kepada pihak bank, namun harus anda ambil perhatian bahawa tambahan pinjaman sudah tentu akan meningkat kerana tempoh pembiayaan anda yang sudah dipanjangkan.

Berbaloikah untuk ambil moratorium jika tempoh pinjaman diperpanjangkan?

Bergantung kepada situasi individu. Sekiranya anda tidak terjejas dan masih mampu menjalani kehidupan seperti norma lama iaitu tiap hujung bulan terima gaji penuh tanpa potongan, mungkin moratorium ini kurang sesuai. Hutang perlulah diselesaikan dengan cepat supaya di masa tua nanti tidak pening kepala memikirkan hutang.

Namun jika anda terjejas pendapatan, moratorium ini sudah pasti sesuatu yang perlu.

 

Dibawah ini kami sediakan pautan untuk anda mohon moratorium 2021 bagi bank-bank utama di Malaysia

  1. Maybank – https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do 
  2. CIMB – https://www.cimb.com.my/en/personal/help-support/covid-19-support.html
  3. Bank Islam – https://www.bankislam.com/post-moratorium-payment-assistance/
  4. BSN – https://www.bsn.com.my/page/TRA
  5. RHB – https://www.rhbgroup.com/en/TPA/index.html
  6. Bank Rakyat – https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.