Cara tebus baucar RM400 percuma telah disediakan dan boleh dilakukan melalui kempen Jimat Air 4.0 pada tahun 2023. Pelbagai inisiatif telah disediakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat, salah satunya baucar percuma shopee ini.
BANTUAN BAUCAR RM400
Dalam usaha kerajaan pada tahun ini bagi menggalakan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air, program jimat air 4.0 telah dilaksanakan. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerjasama dengan pihak Shopee telah terlibat dalam kempen khas ini.
Dalam inisiatif kempen jimat air ini, baucar rebat bernilai sehingga RM400 akan diedarkan kepada pengguna yang berkelayakan untuk mendapatkan produk jimat air bagi kediaman masing-masing. Kempen ini adalah kesinambungan daripada kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 yang dilancarkan sebelum ini.
Kepada mereka yang ingin menyertai kempen dan tebus baucar percuma RM400 ini, anda hanya perlu dengan mengesahkan akaun shopeepay sahaja. Kempen ini boleh disertai oleh warganegara Malaysia sahaja.
JENIS BAUCAR YANG DITAWARKAN
Beberapa jenis baucar yang akan diberikan kepada pengguna shopee adalah seperti berikut :
- Baucar RM200 : Untuk membeli mesin basuh
- Baucar RM150 : Bagi mendapatkan kelengkapan mandi serta jamban
- Baucar diskaun sehingga 50 peratus : untuk mendapatkan barangan paip (Sehingga 50 %)
Senarai perkakas yang terlibat dalam kempen jimat air 4.0 adalah seperti mesin basuh, perkakas bilik mandi, perkakas bilik air dan kedai terlibat.
CARA TEBUS BAUCAR RM400
Kepada yang ingin tebus baucar RM400 percuma shopee ini, anda boleh lakukan dengan mudah secara online. Sila layari laman rasmi – KEMPEN JIMAT AIR
INFORMASI LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan perpaduan pada tahun ini untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – RUJUK DISINI untuk info lengkap maklumat bantuan.
Add comment