Permohonan Data Internet Selangor Percuma Untuk 12 Bulan
Berita baik untuk penduduk negeri Selangor and akini boleh mendapatkan data internet percuma selama 12 bulan melalui Data Internet Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 4 Ogos 2021 menyatakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan membiayai sepenuhnya dana bagi tujuan ini menerusi peruntukan sebanyak RM17.5 juta bagi melaksanakan insentif ini.
Dengan pemberian ini, rakyat negeri Selangor yang layak akan menerima pemberian kad SIM dan langganan data internet secara percuma selama 12 bulan.
Permohonan bagi data internet selangor ini dibuka mulai 15 Julai dan akan ditutup pada 15 September 2021.
Pemohon yang layak akan dijangka menerima kad sim bermula pada 1 Oktober 2021.
Pakej Yang Ditawarkan
Golongan Sasaran
Menerusi inisiatif ini sebanyak 12 golongan sasaran yang layak untuk memohon Data Internet Selangor iaitu:
1. Golongan sasaran berdasarkan kuota yang bermastautin di negeri Selangor.
2. Pelajar Yayasan Selangor dan Program Tusyen Rakyat Selangor (PTRS).
3. Peniaga dalam talian.
4. Petani.
5. Peniaga dan rider e-hailing.
6. Belia yang merupakan pelajar UNISEL, STDC dan KUIS.
7. Ketua Kampung Tradisi dan setiausaha.
8. Ketua Kampung Bagan/Baru dan setiausaha.
9. Ketua Komuniti India dan setiausaha.
10. Nazir, Imam, Bilal, Siak dan penceramah agama bertauliah.
11. Ibu tunggal.
12. Orang asli.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan mengikut golongan sasaran iaitu:
i) Golongan sasaran berdasarkan kuota
Sila hubungi melalui alamat email mengikut DUN masing-masing untuk membuat permohonan:
ii) Pelajar Yayasan Selangor dan Program Tusyen Rakyat Selangor (PTRS) anda boleh memohon melalui alamat email mengikut kategori seperti di bawah:
Kategori | Nama | Alamat Emel |
---|---|---|
Tuisyen Rakyat | Pn. Syazwani binti Ab Latib | [email protected] |
Yayasan Selangor | Pn. Zahura binti Zakry | [email protected] |
iii) Peniaga dalam talian. Anda boleh memohon melalui email pejabat Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) seperti di bawah untuk membuat permohonan:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
Mr Yong Kai Ping | [email protected] |
iv) Bagi golongan petani, sila hubungi melalui email pejabat Exco Infrastruktur dan Pertanian untuk membuat permohonan seperti di bawah:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
En. Muhammad Azhar Bin Abd Mulop | [email protected] |
v) Peniaga dan rider e-hailing
Bagi peniaga kecil, permohonan boleh dibuat melalui langkah berikut:
- Layari laman web https://dis.borangmbiselangor.com/permohonan-penjaja/.
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘semak kelayakan.’
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk hantar.
Untuk rider e-hailing, permohonan boleh dibuat melalui langkah berikut:
- Layari laman web https://dis.borangmbiselangor.com/permohonan-rider/.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk hantar.
vi) Bagi golongan belia yang merupakan pelajar UNISEL, STDC dan KUIS permohonan boleh dibuat melalui email menerusi alamat email di bawah mengikut institusi iaitu:
Institusi | Nama | Alamat Emel |
---|---|---|
Unisel | Prof Madya Dr. Hamdan | [email protected] |
STDC | En. Nahar Bin Sharif | [email protected] |
KUIS | Dr. Salman Bin Zainal Abidin | [email protected] |
vii) Ketua Kampung Tradisi dan setiausaha boleh membuat permohonan melalui email kepada pejabat Exco Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan seperti di bawah untuk membuat permohonan:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
En. Ahmad Nazmi Razali | [email protected] |
viii) Bagi Ketua Kampung Baru dan setiausaha permohonan boleh dilakukan melalui email kepada pejabat Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam seperti di bawah untuk membuat permohonan:
Nama | Alamat Email |
---|---|
Pn. Norliza Binti Yusoff | [email protected] |
ix) Bagi Ketua Komuniti kaum India dan setiausaha permohonan dibuat melalui email kepada pejabat Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja, dan Kerajaan Prihatin seperti di bawah untuk membuat permohonan:
Nama | Alamat Email |
---|---|
En. Mohd Syafiq Omar | [email protected] |
x) Bagi Nazir, Imam, Bilal dan Siak di Selangor, sila hubungi alamat email di bawah untuk memohon:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
En. Mohammad Khair Bin Zainal | [email protected] [email protected] |
Manakala untuk tenaga pengajar bertauliah di JAIS, sila hubungi alamat email di bawah untuk memohon:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
Sabariah Binti Salleh | [email protected] |
xi) Untuk Ibu tunggal permohonan boleh dibuat melalui email ke pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga seperti di bawah untuk membuat permohonan:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
Sharul Jinna Teng Binti Shamsul | [email protected] |
xiii) Bagi masyarakat Orang Asli, permohonan boleh dibuat melalui email ke pejabat Exco Pelancongan dan Alam Sekitar seperti di bawah untuk membuat permohonan:
Nama | Alamat Emel |
---|---|
Pn. Normala Binti Mohd Minhad | [email protected] |
Pertanyaan Lanjut Data Internet Selangor
Anda boleh bertanya lebih lanjut dengan menghantar email ke [email protected]
Baca juga : EG-Tukar Permohonan & Semakan Pertukaran Guru Sesi Ogos 2021
Baca juga : PSU 4.0 : Permohonan & Semakan Program Subsidi Upah 4.0