Dermasiswa B40 Tahun 2022

0

Dermasiswa B40 Tahun 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon Program Dermasiswa B40 JPA (DB40).

Maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2022 adalah seperti kami infokan dibawah bagi lepasan SPM 2021 untuk rujukan bersama.

Pengenalan DB40 : Program Dermasiswa B40

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah,
iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Selain membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di
peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Bagi tujuan tersebut, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik dan juga Institut Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40 2022

Syarat Umum

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 buat kali pertama;
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama; dan
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus
i – Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:

a) Menduduki SPM pada tahun 2021 dan
mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan

b) Telah mendapat tempat dan memulakan
pengajian di institusi pengajian tersebut.

ii – Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))

a) Menduduki SPM pada tahun 2021 dan
mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan

b) Telah mendapat tempat dan memulakan
pengajian di institusi pengajian tersebut.

Cara Permohonan DB40

Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan atas talian melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php
Permohonan dibuka semala 10 hari sahaja bermula 15 julai 2022 sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5:00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke [email protected]
(emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Baca juga : Pengeluaran KWSP 2.0 kali terakhir

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan:
15 – 24 Julai 2022

Semakan & Keputusan Permohonan Dermasiswa B40 2022

Keputusan permohonan penajaan ini akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu kedua bulan September 2022.

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Sekiranya pelajar tidak mendapat sebarang makluman dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.