Mediaklik
Dermasiswa B40 : Bantuan Pendidikan Dibuka Sehingga 15 Ogos

Dermasiswa B40 : Bantuan Pendidikan Dibuka Sehingga 15 Ogos

Dermasiswa B40 : Bantuan Pendidikan ini dibuka permohonan bermula 5 Ogos sehingga 15 Ogos ini secara menyeluruh kepada mereka yang memerlukan.

Seperti sedia maklum, permohonan program Dermasiswa B40 ini adalah satu inisiatif yang ditawarkan kepada umum pada bulan Ogos 2024.

Bantuan Pendidikan Dermasiswa B40

Dalam meningkatkan kesejahteraan dan keprihatinan kepada rakyat, pihak kerajaan telah melancarkan sebuah program pada bulan Ogos ini.

Program DB40 atau Dermasiswa B40 menjadi salah satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmata Awam bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia.

Mereka yang merupakan pelajar di institusi pendidikan tinggi, program ini adalah khusus buat mereka yang dari kelompok keluarga B40.

Pendapatan isi rumah keluarga dibawah RM5,000 sebulan berkelayakan untuk mengemukakan permohonan pada bulan Ogos ini.

Perlaksanaan program istimewa DB40 ini adalah bertujuan bagi membantu menaik taraf kemajuan pendidikan para pelajar lepasan SPM dari kelompok B40.

Dengan adanya inisiatif ini dapat memberi peluang mereka untuk melangkah lebih jauh ke pringkat diploma terutama dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) ini Universiti Awam (UA).

Syarat Layakan Mohon Bantuan Pendidikan Dermasiswa

Calon wajib menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan pihak berwajib dalam program Dermasiswa B40 ini, antaranya seperti ;

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon dalam keadaan kesihatan yang baik
  • Pendapatan isi rumah keluarga dibawah RM5,000 sebulan
  • Golongan B40
  • Penjaga/ ibu bapa tidak disenarai hitam oleh pihak JPA atau dalam sebarang tindakan undang-undang JPA
  • Calon pertama SPM dimana-mana jenis sekolah menengah tahun 2023
  • Umur maksimum kelayakan adalah 19 tahun atau 20 tahun bagi kategori pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan diambil
  • Pemohon telah dapat tawaran tempat untuk memulakan pengajian di IPT
  • Pemohon tidak pernah dapat bantuan kewangan atau tajaan dari agensi lain pada peringkat pengajian yang sama.

Cara Mohon Dermasiswa B40

Kepada yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 5 sehingga 15 Ogos ini. Untuk rujukan lengkap dan panduan, sila ke pautan laman rasmi – DERMASISWA B40

Maklumat Tambahan

Kerajaan menyediakan bermacam jenis kemudahan dan bantuan kewangan khusus bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

Sila semak senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk maklumat lanjut.

Add comment