Didakwa 4 Lori bantuan disekat masuk ke Gaza, Nadhir Al Nuri perjelas isu sebenar yang berlaku di sempadan
Seperti yang dijanjikan oleh Caprice beberapa hari yang lalu dimana dia memaklumkan akan membuat pendedahan perkara sebenar yang berlaku di Mesir yang telah mengundang konflik antara Caprice, Ustaz Ebit Liew dan Nadhir Al Nuri, maka pad hari ini 21 Julai 2021 Nadhir Al Nuri sudahpun membuat satu kenyataan berkait isu yang sedang hangat diperkatakan yang melibatkan misi bantuan Team Ustaz Ebit Liew ke Gaza baru-baru ini.
Isu hanya wali boleh lepas sempadan Rafah?
Mengulas isu ini, dalam kenyataan Nadhir sendiri mengatakan ianya telah disalahertikan oleh ramai orang sehingga Nadhir kelihatan seperti mempunyai hati yang busuk dan dengki dengan kehadiran team Ustaz Ebit Liew ke Gaza.
Ianya dijawab selamba Nadhir akibat tidak menerima respon dari Team Ustaz Ebit Liew tentang keberadaan mereka pada misi tersebut sehinggakan ramai orang tertanya-tanya apakah mereka sudah berjaya masuk ? Adakah mereka dibom atau di apa-apakan ? Kerisauan ini lah yang membuat Nadhir berkata seperti itu barangkali.
Berpuluh kali saya terpaksa menjawab bahawa mereka belum masuk, hendak masuk ke Gaza susah dan akhirnya saya sebut ‘hanya wali saja yang dapat masuk ke Gaza’, dengan makna hebat betullah orang yang dapat masuk ke Gaza ketika ini, dan alhamdulillah, dengan takdir Allah setelah penantian panjang tim EL berjaya juga masuk ke Gaza. Gurauan manja ini bukan lah untuk saya mengejek atau menyindir, jauh dari lubuk hati saya untuk berfikiran sedemikian, tetapi ianya diinterpretasi dengan tafsiran dengan nada yang berbeza dan dipotong dari video panjang. Ia seolah kita berkata kepada rakan, kau memang power gila kalau dapat angkat batu gedabak ini dan hadir dalam bentuk gurauan, bukan mengejek. Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua yang terasa.
Mendakwa kehadiran Nadhir tidak disenangi oleh Team Ustaz Ebit Liew
Nadhir pada kenyataan malam tadi juga memberitahu tentang kehadirannya dalam program Ebit Liew di Gaza (setelah team UEL berjaya memasuki Gaza) .
..apabila turun dari bas, sebahagian tim bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya. Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh tim kepada saya melainkan ‘bodyguard’nya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat LIVE ya, kita dah ada Astro di sini (Rujuk Video). Pelik dan terkejut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dipaksa, saya akur. EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku.
Empat lori bantuan disekat masuk ke Gaza
Menurut Nadhir juga, beliau sempat menegur Team Ustaz Ebit Liew agar membeli barangan terus di Gaza pada masa yang sama mampu membantu ekonomi penduduk setempat disana. Namun ianya disalah ertikan oleh pihak Team Ustaz Ebit Liew yang menganggap Nadhir ingin bantuan itu sampai melalui dia dahulu.
Akibatnya, kesemua lori bantuan tersebut tersadai di Mesir dan sampai sekarang pihak Ebit Liew masih belum menjelaskan status empat lori bantuan tersebut.
Amat terkejut bila mana saya melihat di media sosial pembelian barangan bantuan 4 lori yang dibeli di Mesir untuk di bawa masuk ke Gaza. Terpanggil saya untuk memberi teguran manja sedikit berkaitan bantuan yang ingin disampaikan ke Gaza, tetapi disalah ertikan dan ditafsirkan oleh sebahagian pihak bahawa teguran itu bermakna saya mahukan bantuan sampai melalui saya. Sekiranya teguran kecil tidak dapat diterima bagaimana umat kita ingin bersatu untuk menjayakan misi lagi besar masa akan datang?
Persoalan lain pula timbul di mata masyarakat bagaimana barang-barang yang sudah di beli di Cairo tersebut? Adakah bantuan ini sudah berjaya masuk? Setahu saya ia masih lagi tersadai di Mesir beserta bantuan-bantuan lain yang tidak dibenarkan masuk lagi pun. Bukankah ia satu pembaziran? Saya menyeru pihak tim EL untuk berani tampil memberi pencerahan dan penjelasan supaya tidak timbulnya bibit-bibit fitnah lain. Dengan mem’block’ atau membuang komen-komen pertanyaan tersebut di media sosial kalian tidak dapat menyelesaikan masalah pokok ini kerana tujuan asal misi adalah untuk membawa masuk bantuan tersebut.
Versi penuh dibawah :