Dikompaun RM2000 kerana ziarah kubur, bekas pemain Kedah ini bantu bayar semuanya

0

Bekas pemain bolasepak negeri Kedah, Azmeer Yusof telah bermurah hati membantu seorang lelaki yang dikenakan kompaun RM2000 akibat melakukan aktiviti ziarah kubur sempena Aiidladha di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Saya nak tolong bayar kompaun

Hasrat murni Azmeer Yusuf dikongsi rakan-rakan di facebook sehingga menjadi tular di media sosial. Bekas pemain yang berusia 31 tahun itu memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut dan berjaya menemuinya beberapa jam selepas itu.

Menurut Azmeer, dia sudah menghubungi lelaki berusia 21 tahun terbabit dan memberitahu hasrat murninya itu bagi membantu membayar kompaun yang dikenakan ke atasnya dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke pejabat kesihatan. InsyaAllah
sebentar lagi selesai segalanya.

“Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT, ” tulisnya di facebook.

Menurut laporan BH Online, lelaki itu datang bersama dua anak saudaranya ke tanah perkuburan tersebut sebelum dit4han oleh pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Tanah Perkvburan Islam FELDA Palong 12 dan 13.

Leave A Reply

Your email address will not be published.