E-Dompet 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan tahun ini.
Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini diberikan secara percuma dengan jumlah RM200 seorang.
BANTUAN E-DOMPET 2023
Pihak kerajaan telah melancarkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai eBelia Rahmah, insentif percuma dan bentuk bantuan e-dompet. Bermula 26 Jun, kepada mereka yang menepati kelayakan boleh membuat tuntutan secara percuma.
Perlaksanaan bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban rakyat yang terdiri daripada golongan belia B40. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai pada tahun ini.
Untuk informasi tambahan, ebelia rahmah ini adalah sama seperti tahun sebelum ini seperti ebelia (2011) dan epemula (2022) dalam bentun edompet.
APLIKASI TERSEDIA
Kepada mereka yang ingin menebus bantuan e-dompet 2023 berjumlah RM200 seorang ini, anda boleh pilih aplikasi pilihan yang disediakan seperti berikut :
- Touch N Go Ewallet
- Setel
- Boost
Nota : Setiap pemohon dibenarkan membuat penebusan sekali sahaja mengikut aplikasi pilihan masing-masing.
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bagi mereka yang ingin tebus bantuan RM200 ini :
- Warganegara Malaysia
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira umur (berstatus pelajar sepenuh masa)
TARIKH TEBUS BANTUAN
Pihak Kementerian Kewangan (MOT) telah memaklumkan bahawa bantuan ebelia Rahmah RM200 ini boleh ditebus pada tarikh :
- Bermula 26 Jun 2023 (8 pagi)
- Tempoh sah laku pembelian menggunakan bantuan edompet ini sehingga 31 Ogos 2023
Kepada penerima berjaya tebus bantuan edompet ini, anda perlu membelanjakan amaun tersebut sebelum tarikh luput. Penukaran bantuan ini kepada tunai adalah tidak dibenarkan.
CARA TEBUS BANTUAN EDOMPET
Kepada yang belum tebus masih belum terlambat, anda yang berkelayakan masih boleh daftar dan tuntut bantuan e-dompet 2023. Sila layari laman rasmi bantuan edompet – eBeliaRahmah
Info : Kepada golongan mahasiswa disarankan membuat pendaftaran bantuan percuma RM200 ini bagi mendapatkan manfaat inisiatif dari kerajaan.
INFORMASI LEBIH LANJUT
Selain bantuan ebelia rahmah, terdapat lebih banyak insentif berbentuk bantuan kewangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas.
Sila layari laman utama untuk semakan senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk maklumat lengkap.
Add comment