eG-Tukar Permohonan & Semakan Pertukaran Guru Sesi Ogos 2021
Menerusi kenyataan rasmi yang disiarkan di laman web rasmi eG-Tukar Permohonan (KPM) sukacita dimaklumkan bahawa proses pertukaran guru antara bahagian / negeri / antara daerah / dalam daerah bagi tahun 2021 KPM kini boleh dibuat secara online dengan login ke modul eGTukar
Tarikh permohonan pertukaran ini dibuka mulai 4 OGOS 2021. Berikut adalah maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohanan.
Syarat Permohonan Pertukaran Guru Sesi Ogos 2021
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
Guru Yang Tidak Layak Memohon
Berikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Baca juga : Bantuan Pemulihan : PEMULiH Senarai Bantuan & Pemulihan Ekonomi
Cara Permohonan eGTukar Online
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGtukar.
Pautan : https://epgo.moe.gov.my/
Sebelum melakukan permohonan adalah penting bagi anda untuk memastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Cara Login eG-Tukar & Permohonan Pertukaran
Dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:
- Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
- Sila masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan
- Klik OK
- Anda kini dalam sistem eGTukar
- Klik pada PERMOHONAN
- Sila lengkapkan maklumat permohonan
- Sila muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar
- Save/Simpan salinan permohonan anda
- Anda harus mencetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
- Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan
Kesimpulan
Diharapkan artikel ini mampu berikan sedikit manfaat dan informasi kepada mereka yang memerlukan dan semoga pertukaran guru yang dimohon segara dipercepatkan.