Elaun mencari pekerjaan untuk dua bulan buat graduan & penganggur

0

Lantaran musim PKP yang silih berganti, kerajaan telah mengumumkan satu pakej bagi menyediakan elaun mencari pekerjaan yang sbeelum ini hanya boleh dinikmati oleh pencarum PERKESO sahaja.

Sesuai dengan namanya, ianya bagi membantu rakyat Malaysia yang semakin hari semakin tersepit disaat negara kita masih berperang melawan wabak COVID-19. Melalui pakej PEMULIH yang diumumkan semasa Perutusan Khas beberapa bulan lepas,
elaun mencari pekerjaan ini diperluaskan untuk tempoh dua bulan bagi golongan yang tidak dilindungi di bawah sistem Insurans Pekerjaan PERKESO termasukkan golongan yang menganggur, lepasan dan universiti yang sedang aktif mencari pekerjaan.

Elaun Mencari Pekerjaan

Bagaimana cara mohon elaun cari pekerjaan

Dibawah ini kami kongsikan maklumat penting mengenai elaun ini

Syarat kelayakan
1. Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insutans Pekerjaan PERKESO
2. Golongan yang sedang menganggur (termasuk lepasan sekolah dan graduan yang sedang mencari pekerjaan)
3. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
4. Menghadiri temuduga anjuran PERKESO

Lihat juga : Cara mohon moratorium 6 bulan PKP 3.0

Kadar elaun mencari pekerjaan

Sebanyak RM300 sebulan selama dua bulan akan diberikan kepada mereka yang telah berdaftar di bawah platform MyFutureJobs

Tarikh permohonan

Permohonan boleh dibuat pada 15 Julai 2021

Daftar MyFutureJobs

Bagi mereka yang ingin memohon pakej ini, anda haruslah mendaftar di platform MyFutureJobs terlebih dahulu dan pastikan anda aktif mencari perkerjaan melalui platform tersebut bagi memudahkan data anda disimpan di dalam database yang seterusnya bagi tujuan pemberian elaun tersebut yang akan dibuka 15 Julai 2021 ini melalui platform yang sama.

Sehingga sekakat ini masih belum ada maklumat terperinci cara untuk memohon elaun mencari pekerjaan ini dan kami akan update di sini
setelah info terkini disahkan.

Untuk pertanyaan mengenai elaun mencari pekerjaan ini, anda boleh menghubungi pihak PERKESO melalui talian hotline
dibawah:

Careline PERKESO : 1-300-22-8000
Laman web rasmi : www.perkeso.gov.my

Diharapkan informasi ini mampu disebarkan kepada mereka yang memerlukan sewaktu pandemik yang semakin mengganas di negara kita tercinta.

Leave A Reply

Your email address will not be published.