Empat Ditahan, Sewa Ambulans Untuk Rentas Negeri

0

Kelicikan empat individu yang ingin merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman akhirnya tumpas di tengah sekatan jalan raya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6.15 petang dan pihak polis telah menahan suspek berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun selain turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun. Difahamkan, mereka ingin pulang ke kampung halaman yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Ambulans tersebut telah disewa dari syarikat swasta yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia, Temerloh dengan dikenakan bayaran kira-kira RM1,300.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd Yusof berkata, empat individu telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran daripada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pihak polis juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkenaan suspek.

Kredit: Kosmo!

Leave A Reply

Your email address will not be published.