Gara-gara berebut abang angkat, gadis belasah member sendiri sampai masuk ICU

0

Sudah lah rakyat marhaen terkekan sebab PKP, duit tak cukup dan seumpamanya. Namun masalah remaja kita pada hari ini tidak kurang hebatnya.

Menjadi viral di media sosial Twitter sejak semalam apabila satu video seorang wanita membelasah seorang kawannya yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial untuk meraih viewers.

Menerusi perkongsian yang tular di Twitter milik seorang pengguna dikenali sebagai @4shrf, dia telah memuat naik rakaman video sekumpulan remaja bergaduh di kawasan perumahan.

Sempat buat LIVE semasa belasah member sendiri

Menurut @4shrf, remaja tersebut juga turut membuat live di media sosial masing-masing ketika ‘proses’ membantai seorang remaja lain dilakukan.

Hal tersebut menjadi tuIar apabila ada yang meninggalkan komen dan membuat rakaman skrin di telefon bimbit masing-masing. Wah, bukan calang-calang level keganasan dilakukan si gadis remaja ini ya.

Report Polis sudah dibuat

Sekembalinya mangsa dari trajedi tersebut, mngsa pun membuat laporan polis dan pengguna Twitter itu juga telah menyertakan sekali saIinan tersebut.

Menerusi laporan polis berkenaan, kes pergaduhan didakwa atas aIasan berebut abang angkat.

 

Mangsa alami kecederaan

Dalam thread yang dibuat di Twitter itu juga, didapati mangsa mengalami sedikit kecederaan dan telah dibawa ke ICU untuk mendapatkan rawatan. Dahsyatnya kau dik, masuk ICU memeber tu kau kerjakan.

Bukan sebab JANTAN Bang !!

Selepas video tersebut tuIar, seorang remaja yang dipercayai menjadi dalang dalam membantai remaja lain itu telah tampil menjelaskan keadaan.

Menurutnya, kejadian tersebut berpvnca daripada fitnah-menfitnah dan bukan sebab abang angkat seperti yang didakwa. Namun begitu dia mengaku memukul remaja itu kerana berasa marah.

 

Pandangan Warganet?

Rata-rata wrganet telah meninggalkan komen diruangan Twitter @4shrf dengan pelbagai maklum baIas.

Ramai yang mengecam tindakan gadis itu yang berlagak seperti abang long dengan memukul rakan sebaya sesuka hati dan menasihati mereka semua supaya tidak melakukan hal-hal kurang bijak itu lagi di kemudian hari.

Sumber : Twitter @4shrf

Leave A Reply

Your email address will not be published.