Geram warga emas diberi RM50 untuk dimalukan, MK K-Clique datang hulurkan RM50,000

0

Sejak penularan video seorang usahawan terkenal didakwa bersikap biadap terhadap seorang warga emas, ramai yang tampil memberikan komen dan kecaman kepada usahawa tersebut. Malah terdapat golongan yang mendakwa ingin memboikot perniagaan yang diusahakan oleh usahawan tersebut.

Satu perkongsian yang sempat mencuri perhatian netizen apabila penyanyi rap terkenal dari kumpulan K-Clique iaitu MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan di insta story dimana dia berhasrat untuk memberikan RM50,000 kepada pakcik tersebut selepas berasa geram melihat video yang tular itu.

Kenapa RM50,000 ?

MK berasa geram apabila pakcik tersebut diberikan RM50 oleh usahawan berkenaan hanya sekadar untuk dimalukan di khalayak ramai

Menyesal kerana bertindak terburu-buru?

MK telah memohon maaf selepas itu dan mengakui berasa sesal setelah ditegur dan dinasihati peminatnya mengenai tindakan terburu-buru itu bilamana dia memaki dan menggunakan bahasa yang agak kesat di insta story miliknya.

MK juga telah dimaklumkan ada cara lain yang lebih baik untuk membantu warga emas itu dari terus menyerang individu yang didakwa berlaku biadap terharap warga emas tersebut.

Menerusi aplikasi TikToknya, selebriti tersebut telah datang ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertemu sendiri dengan pakcik berkenaan yang dikenali sebagai Pakcik Hadi bagi bertanya khabar dan berborak buat seketika.

Walaupun tidak kedengaran perbualan mereka, namun MK sempt menulis di ruangan kapsyen dengan mendoakan agar Pakcik Hadi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dalam hidup.

 

@.hairiwhuutsemoga pakcik Abdul Hadi sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu . amin 🙏🏻 #fyp #fypシ゚viral

♬ Ayah – Seventeen

Leave A Reply

Your email address will not be published.