Harga durian kampung jatuh RM2 sekilogram kesan PKP di Kelantan

0

Harga durian kampung 2021: Umum mengetahui isu lambakan durian di pasaran sehingga ada peniaga durian sanggup membuang durian yang tidak laku yang mengundang kecaman dari netizen lantaran sikap tamak haloba sesetengah peniaga durian yang bertindak demikian.

Baru-baru ini viral di media sosial berkenaan harga durian yang semakin murah mencecah RM2 sekilo! Di daerah Tanah Merah dan Jeli di Kelantan, pekebun dan peniaga durian resah akibat harga durian kampung yang terus jatuh menjunam pada tahun ini sekaligus menjejaskan pendapatan para peniaga dan pekebun.

harga durian kampung 2021

Ditambah pula dengan PKP yang bertali arus sejak 2020 lagi telah mengehadkan pergerakan rakyat untuk merentas negeri. Kesannya, ramai pembeli dari luar negeri mahupun luar daerah sukar untuk datang membeli durian di daerah yang lain.

Baca juga : Bantuan Pemulihan : PEMULiH Senarai Bantuan & Pemulihan Ekonomi

Menurut peraih Rusli Azizi Samsudin, 36, dia akan membeli durian daripada penduduk kampung dengan harga RM1.50 sekilogram dan akan menjualnya kembali dengan harga RM2 sekilogram.

“Tahun ini merupakan tahun yang paling tenat kerana sebelum ini pun harga jatuh juga tetapi tidaklah kurang dari RM6 sekilogram namun tahun ini harga jatuh sehingga RM2 sekilogram”

“Masalah durian tidak terjual pula selalu terjadi terutamanya pada hari bekerja kerana tidak ramai orang yang boleh datang membeli.”

“Pernah berlaku juga dua atau tiga hari lepas, kira-kira setengah tan metrik durian kita tidak terjual dan kita lelong dengan harga rugi sahaja untuk mengelakkan durian tersebut rosak,” katanya semasa ditemui wartawan Malaysiakini di Pasir Dusun, Jeli, semalam.

Harga durian kampung 2021 : Menurut Rusli juga, dia turut pernah menjual durian kepada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tetapi harga yang ditawarkan oleh FAMA terlalu rendah berbanding dengan harga yang dia tawarkan kepada pelanggan biasa.

“Kita terpaksa bersetuju untuk menjual dengan harga murah kepada pihak FAMA disebabkan lambakan yang kita alami,” katanya

Baca juga : Olimpik Tokyo 2020: Indonesia Raih Emas Beregu Badminton Wanita

Sementara itu, Fakrul Mustaqim, 28 berkata, kebun durian miliknya di Sungai Renyuk, Jeli berupaya menghasilkan durian sebanyak 50kg sehari dan akan menjualnya di sekitar kampung sahaja kerana tidak dapat membawa hasil tersebut keluar disebabkan PKP.

“Jika ramai peraih yang masuk, maka harga akan naik tetapi disebabkan keadaan Covid-19 sekarang ini, mereka tersekat dan tidak dapat masuk ke sini untuk mengambil hasil kebun kami.

“Baru-baru ini harga sdurian jatuh sehingga 70sen sekilogram tapi sekrang naik sedikit menjadi RM2 tapi masih lagi rendah dari tahun-tahun sebelumnya, terang Fakrul.

Apabila ditanya berkenaan lambakan durian yang dihadapi oleh rata-rata pekebun, dia menjawab, dia juga mengalami perkara yang sama.

Lebihan durian terpaksa diproses menjadi lempuk atau diberi kepada orang ramai secara percuma untuk mengelakkan buah tersebut rosak dan terbuang begitu saja.

Baca juga : PSU 4.0 : Permohonan & Semakan Program Subsidi Upah 4.0

Leave A Reply

Your email address will not be published.