Harga Perodua Alza 2022, Spesifikasi dan Varian

1

Harga Perodua Alza 2022. Model Alza Serba Baharu, dengan pelbagai fitur terbaru kini dibuka untuk tempahan.

Syarikat Pembuatan Kereta Nasional Kedua negara iaitu Perodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza 2022 pada 23 Jun 2022 dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan, rekabentuk bersatile dan lebih banyak fitur moden yang diterapkan.

Setakat hari ini Perodua telah menerima lebih 30,000 tempahan model terbaru ini! Ini sesuatu yang membanggakan.

Dengan harga antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza 2022 baru ini menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.

Rekabentuk Terbaru Perodua Alza 2022

“Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza serba baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Baca juga : MyLesen GDL 2.0 Program Subsidi Lesen Untuk Warga Malaysia

“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza serba baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,” katanya berkata.

  • RUANG LEBIH BESAR
  • PENYAMAN UDARA BAHAGIAN BELAKANG
  • KECEKAPAN BAHAN API DIPERTINGKAT

“Selain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),”
kata beliau.

  • KAPASITI BAGASI

Untuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Serba Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.

  • 4 KATEGORI PSDA

Perodua Alza yang baru ini turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori;

  1. Bantuan Keselamatan Termaju (ASA),
  2. Bantuan Pemandu,
  3. Bantuan Tempat Letak Kereta dan
  4. Bantuan Lampu Hadapan.

“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,”
kata Dato’ Zainal.

Ciri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360⁰, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.

Harga Perodua Alza 2022

Perodua Alza 1.5 X AT – RM 62,000
Perodua Alza 1.5 H AT – RM 68,000
Perodua Alza 1.5 AV AT – RM 75,000

*Harga di atas adalah tanpa SST

**Pengecualian cukai SST ditawarkan kepada pembeli sebelum 30 Jun 2022 dan pendaftaran kenderaan hendaklah sebelum 31 Mac 2023.

Pilihan Warna Yang Ditawarkan

Perodua Alza Serba Baharu didatangkan dalam 5 warna:

Ivory White,
Glittering Silver,
Garnet Red,
Elegant Black (BAHARU) dan
Vintage Brown (BAHARU).

Ciri Keselamatan

Model baharu ini dilengkapi 6 bag udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk
membantu meletakkan kereta.

Model ini juga mempunyai ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake
(untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.

Mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention bagi semua varian disamping dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.

Jom sertai channel Telegram kami untuk artikel menarik hanya di hujung jari ada! Klik Sini !

1 Comment
  1. mrhanafi says

    merecik juga gaya kereta ini

Leave A Reply

Your email address will not be published.