Warga emas ditahan, lakukan hubungan luar tabii dengan seekor kambing hingga mati

0

Hulu Selangor – Seorang warga emas tempatan ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga mati dalam kejadian di Kmapung Sungai Buaya, Serendah dekat sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superitendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 45 tahun pada jam 6:24 petang dimana pengadu memaklumkan kepada pihak polis terdengar akan bunyi dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya pada jam 1:30 petang.

hubungan luar tabii dengan seekor kambing
Gambar Hiasan

Hubungan luar tabii dengan seekor kambing

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing sebelum melarikan diri.”

“Pengandu juga mendapati seekor kambing betina telah mati,” katanya melalui kenyataan pada Rabu. ” Arsad berkata, siasatan di tempat kejadian bersama pasukan forensik dan Jabatan Veterinar Haiwan Kuala Kubu Bharu telah dibuat.

Baca juga : Pogba semakin hampir ke PSG

Beliau memaklumkan bahawa haiwan tersebut telahpun dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, suspek berjaya diberkas di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya Serendah di sini pada jam 10.50 pagi Rabu.

Semakan mendapati suspek berusia 60 tahun itu mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah.

Baca juga : Gara-gara Malaikat Maut Challenge, lelaki ini maut dilanggar lori demi secebis viral di TikTok

“Suspek akan di reman pada Khamis di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan,” katanya.

Arsad berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya suspek ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes itu serta sekaligus meningkatkan persepsi masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia.

“Kita juga dapat mengurangkan kegusaran terhadap masyarakat setempat. Kita juga meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber asal : Sinar Harian

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.