Mediaklik
IKPP : Bantuan Sumbangan RM250 Diberikan Secara Sekaligus

IKPP : Bantuan Sumbangan RM250 Diberikan Secara Sekaligus

IKPP : Bantuan Sumbangan RM250 ditawarkan dan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada pemohon yang berkelayakan pada tahun ini. Program IKPP ini adalah salah satu inisiatif bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2024.

Bantuan Sumbangan IKPP RM250

Bagi makluman umum, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP. Menerusi program khas ini, pemohon yang berkelayakan terdiri daripada pasangan pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga boleh mendapatkan sumbangan tunai berjumlah RM250.

Bantuan khas IKPP ini telah dinaikkan kadar pada tahun ini kepada RM250 berbanding tahun lalu RM200 sahaja. Pembayaran akan dikreditkan secara sekaligus kepada penerima yang layak.

Tujuan utama perlaksanaan program insentif khas pasangan pengantin ini dalah sebagai imbuhan sumbangan bagi meringankan beban kos perbelanjaan persiapan majlis perkahwinan. Kepada yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat daripada program yang disediakan secara percuma ini.

Syarat-Syarat Khusus Bantuan Sumbangan IKPP

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi program bantuan IKPP RM250 one-off ini seperti ;

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bakal pengantin (lelaki) bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon merupakan anak negeri Pahang (Salah satu dari pasangan)
  • Bagi kategori perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki wajib anak kelahiran Pahang
  • Untuk pemastautin di negeri Pahang, minimum telah menetap melebihi 10 tahun di Pahang
  • Perkahwinan pertama kali
  • Duda atau janda atau salah seorang yang mana pasangan adalah anak negeri Pahang layak menerima insentif sumbangan ini.

Anda tidak layak mohon sekiranya ;

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas iddah)
  • Pendapatan bulanan melebihi RM5,000
  • Kedua-dua pasangan bukan anak kelahiran negeri Pahang.

Langkah Cara Mohon Bantuan IKPP RM250

Kepada orang awam yang memenuhi kriteria kelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini selagi belum ditutup. Untuk panduan penuh dan langkah memohon, sila layari laman pautan rasmi – E-MUNAKAHAT

Info Lebih Lanjut

Pada tahun 2024, kerajaan negeri dan persekutuan telah menawarkan pelbagai jenis program bantuan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat. Kepada yang tidak tahu, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada bulan ini dan layak untuk anda mohon.

Add comment