Mediaklik
iSejahtera : Program Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000

iSejahtera : Program Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000

iSejahtera : Program Bantuan Kewangan sehingga RM1,000 ditawarkan kepada rakyat yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis program bantuan secara one-off mahupun bulanan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penerima.

Program Bantuan Kewangan iSejahtera

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyediakan sebuah program yang dikenali sebagai iSejahtera berfungsi bagi membantu mereka yang berada dalam golongan pendapatan rendah dan sederhana. Dalam program iSejahtera, kerajaan menawarkan 2 kategori jenis bantuan iaitu secara sekali bayar setiap tahun dan secara one-off.

Antara bantuan yang dibuka permohonan kepada umum adalah bantuan ibu tunggal RM100, bantuan OKU RM200, sumbangan penghargaan warga emas RM200 dan bantuan suri emas RM100. Manakala insentif yang diberikan secara one-off adalah bantuan anak emas RM200 dan bantuan khairat kematian RM1,000.

Kelayakan Mohon Bantuan Kewangan iSejahtera

Berikut dikongsikan berkenaan syarat kelayakan khusus yang telah ditetapkan mengikut kategori senarai bantuan di bawah :

Program Bantuan Ibu Tunggal

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Status bercerai atau kematian suami (balu)
  • Tidak berkahwin semula
  • Mempunyai tanggungan anak sekurang-kurangnya seorang.

Penghargaan Warga Emas

  • Warganegara Malaysia
  • Permohon berusia 60 tahun dan keatas
  • Pengundi berdaftar di Pulau Pinang.

Bantuan Suri Emas

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus suri rumah dan tidak mempunyai pendapatan secara tetap
  • Berumur 60 tahun dan kebawah.

Program Bantuan OKU

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di negeri Pulau Pinang
  • Pemohon adalah pemegang kad OKU.

Cara-Cara Kemukakan Permohonan Bantuan iSejahtera

Untuk sebarang permohonan bantuan-bantuan dibawah kerajaan negeri ini boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman pautan rasmi – iSejahtera 2024

Setiap individu yang ingin mohon boleh klik pada tombol permohonan baharu dan semakan status. Segala maklumat terperinci dan panduan telah disediakan di halaman utama iSejahtera.

Program bantuan khas ini adalah khusus buat rakyat negeri Pulau Pinang sahaja, kepada mereka yang memerlukan disarankan memohon agar dapat manfaat bantuan yang ditawarkan ini.

Informasi Lebih Lanjut

Selain iSejahtera, terdapat lebih banyak program bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pusat dan negeri seluruh negara. Sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon.

Add comment