Mediaklik
Jawatan Kosong Sektor JAKIM : Gaji Ditawarkan Hingga RM4,000

Jawatan Kosong Sektor JAKIM : Gaji Ditawarkan Hingga RM4,000

Berita baik untuk individu yang sedang mencari pekerjaan, kini jawatan kosong sektor JAKIM dibuka bagi pengambilan tahun 2023. Apa yang menarik adalah JAKIM membuka ambilan pelbagai jenis jawatan dan menawarkan gaji sehingga RM4,000 sebulan.

JAWATAN KOSONG SEKTOR JAKIM

Untuk makluman kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Setiap individu yang ingin mohon perlu membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan.

KELAYAKAN JAWATAN KOSONG SEKTOR JAKIM

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti :

  • Semua pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ditawarkan
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN 

Dibawah adalah jawatan yang ditawarkan JAKIM bagi pengambilan tahun ini seperti berikut :

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S 19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Kekosongan: 29
  • Simpanan: 125

PANDUAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Anda juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga yang telah ditetapkan. Untuk semakan penuh jawatan kosong JAKIM yang ditawarkan dan panduan permohonan, sila ke laman rasmi berikut – JAWATAN KOSONG

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak jawatan kosong dan inisiatif bantuan yang disediakan pada tahun ini untuk memberi manfaat serta faedah kepada rakyat yang memerlukan. Sila cek senarai inisiatif yang ada dan layak untuk memohon – RUJUK DISINI  untuk informasi lebih lanjut.

Add comment