Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam 2021.
Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.
MAKLUMAT JAWATAN
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
- Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
- Kekosongan : 143
- Majikan : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2021
CIRI-CIRI KEPERIBADIAN
- Keterampilan yang baik
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
- Bakat kepimpinan
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan :
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
CARA MOHON
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my
Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian SPM/SPM & SKM. Pilih jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
SEMOGA BERJAYA!
IKLAN RASMI JAWATAN
Iklan Rasmi Jawatan : imej.spa.gov.my
Add comment