Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2021.
Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.
MAKLUMAT JAWATAN
Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
- Kekosongan : 1022 (Semenanjung) & 20 (Sarawak)
- Simpanan : 1500 (Semenanjung) & 100 (Sarawak)
- Minima : PMR/ PT3
- Tarikh Tutup : 30 Mac 2021
CIRI-CIRI KEPERIBADIAN
- Keterampilan yang baik
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
- Bakat kepimpinan
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
SYARAT LANTIKAN
Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan empat(4) Lulus termasuk subjek Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MOHON
Kepada sesiapa yang berminat untuk mohon jawatan ditawarkan, sila buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my
Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian PMR/PT3/ Setaraf. Pilih jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
SEMOGA BERJAYA!
IKLAN RASMI JAWATAN
Iklan Rasmi Jawatan : imej.spa.gov.my
Add comment