Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2021.
Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.
BACA JUGA : [JPW] BANTUAN KHAS SEBANYAK RM300 SECARA ‘ONE OFF’ KEPADA PARA IBU TUNGGAL SELURUH MALAYSIA
MAKLUMAT JAWATAN
Pegawai Bomba Bantuan
Kelayakan : Minima PMR
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2021
SENARAI BALAI
Berikut adalah senarai balai yang memerlukan Pegawai Bomba Bantuan buat masa ini:
- Balai Bomba dan Penyelamat Siburan
- Balai Bomba dan Penyelamat Serian
- Balai Bomba dan Penyelamat Betong
- Balai Bomba dan Penyelamat Song
- Balai Bomba dan Penyelamat Daro
- Balai Bomba dan Penyelamat Mukah
- Balai Bomba dan Penyelamat Belaga
- Balai Bomba dan Penyelamat Lawas
JUMLAH ELAUN
Elaun yang disediakan adalah dengan kadar:
- RM8.00 sejam
SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan-kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang bertulis
3. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah
5. Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa
6. Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan daripada balai
7. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
- Tinggi 157cm ke atas (lelaki) & 153cm ke atas (wanita).
- Berat badan 48kg ke atas (lelaki) & 46kg ke atas (wanita).
- Penglihatan yang baik.
- Diperakui sihat.
- Tidak buta warna & tidak pekak.
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
CARA MEMOHON JAWATAN
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB3 yang boleh didapati di :
- Muat turun borang di laman web bomba.gov.my
- Balai-Balai yang diiklankan atau laman Facebook Bomba Perak
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil PMR atau setaraf serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.
3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :
Penolong Pengarah
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Sarawak, Ibu Pejabat
Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya
93350 Kuching
Atau melalui email ke:
bhgoperasi_swk@bomba.gov.my
IKLAN RASMI JAWATAN
Add comment