Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.
MAKLUMAT JAWATAN
Personel MyStep
Tempoh Kontrak: 2 Januari hingga 31 Disember 2022
Tarikh tutup permohonan: 18 Disember 2021
Gaji : RM2,000 (termasuk caruman KWSP, cuti tahunan & cuti sakit)
DESKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas Pengurusan Projek Sistem ICT dan/ atau teknologi maklumat di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya
4. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA PERMOHONAN
Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar dokumen yang diperlukan kepada alamat emel berikut:
bkkm_psh8@moh.gov.my
*TAJUK EMEL: PERMOHONAN MYSTEP
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan:
- Sijil Kelahiran
- Kad Pengenalan
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil-sijil Akademik
- Resume
IKLAN JAWATAN
Add comment