Mediaklik
Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan

Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan

Dalam halaman ini dikongsikan beberapa jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, para pencarum boleh membuat pengeluaran wang mereka secara sebahagian atau penuh sebelum bersara/ pencen.

JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Ramai yang mungkin mengetahui pengeluaran hanya dibenarkan untuk membeli rumah. Namun terdapat lebih banyak kemudahan jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan untuk tujuan peribadi tersedia pada tahun ini.

Pengeluaran yang dibenarkan melalui akaun 1 dan akaun 2 KWSP boleh dilakukan selagi ahli mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah jenis kemudahan pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini.

PENGELUARAN CAPAI UMUR 50 TAHUN

Kepada ahli yang sudah mencapai usia 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau penuh simpanan akaun 2 KWSP. Pengeluaran dibenarkan dilakukan sekali sahaja sebagai persediaan untuk hari persaraan.

MEMBELI RUMAH PERTAMA

Para pencarum yang ingin membeli rumah, anda dibenarkan membuat pengeluaran akaun 2 KWSP atas tujuan membiayai pembelian rumah. Jenis rumah yang boleh dibeli adalah seperti rumah dari pemaju, rumah lelong, individu atau sebagainya.

LAJUTAN PENDIDIKAN

Ahli KWSP boleh lakukan pengeluaran kwsp dari simpanan akaun 2 bagi membiayai pendidikan diri sendiri atau tanggungan anak di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara. Kemudahan ini bagi membantu meringankan kos pembelanjaan pendidikan.

KEHILANGAN UPAYA

Kemudahan ini sangat penting, pengeluaran dibenarkan kepada ahli yang dilanda musibah kehilangan upaya dari segi fizikal atau mental. Pengeluaran sebahagian atau kesemua baki simpanan akaun 2 boleh dilakukan sekiranya diri terjejas sehingga menghalang untuk bekerja.

MENINGGAL DUNIA

Jika ahli KWSP meninggal dunia, pewaris boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Kemudahan ini adalah jaminan kepada orang tersayang apabila sudah tiada satu hari nanti.

CARA DAFTAR & MOHON 

Kepada para pencarum, terdapat 17 jenis pengeluaran kwsp yang dibenarkan pada tahun ini jika berkelayakan dan memerlukan. Sila semak panduan lengkap cara mohon dan senarai jenis pengeluaran di laman rasmi – KWSP

INFO LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak inisiatif dan bantuan telah ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk meringankan beban masyarakat. Untuk semakan penuh sila ke laman utama senarai bantuan – RUJUK DISINI untuk info penuh.

Add comment