Mediaklik
Kategori Penerima STR Fasa 3 ~ Tahun 2024 Diumumkan

Kategori Penerima STR Fasa 3 ~ Tahun 2024 Diumumkan

Kategori Penerima STR Fasa 3 bagi sesi tahun 2024 telah diumumkan yang akan dikreditkan pada bulan Ogos nanti secara menyeluruh. Seperti telah dimaklumkan, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau STR ini dibayar secara berperingkat pada tahun ini.

Kategori Penerima STR Fasa 3

Kerajaan pusat telah memperkenalkan sebuah program yang melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini yang memberi manfaat kepada golongan B40, M40 dan miskin. Program STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

Buat masa ini pembayaran fasa pertama dan kedua STR telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu secara berperingkat. Pengagihan bayaran berikutnya iaitu fasa ketiga akan mula disalurkan pada bulan Ogos 2024 (Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan).

Bagi fasa 3 STR, kategori penerima yang terlibat adalah daripada belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah B40 / M40. Kadar bayaran pula akan dimaklumkan sebelum bayaran fasa 3 dikreditkan kepada setiap penerima mengikut kategori.

Jadual Lengkap Bayaran STR Mengikut Fasa Kategori Penerima

STR 2024 dibayar melalui 4 fasa yang melibatkan tarikh-tarikh seperti di bawah ;

  • Pembayaran STR Fasa (1) ; Dikreditkan pada 29 Januari 2024
  • Pembayaran STR Fasa (2) ; Dikreditkan pada 3 April 2024
  • Pembayaran STR Fasa (3) ; Dikreditkan pada Ogos 2024 (Tarikh akan diupdate)
  • Pembayaran STR Fasa (4) ; Dikreditkan pada November 2024 (Tarikh akan diupdate)

Tempoh fasa diatas akan dikreditkan bantuan tunai STR yang berbeza, jumlah ditentukan mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak setiap keluarga.

Kemaskini & Semakan Status Bayaran STR Mengikut Fasa

Permohonan baharu, kemaskini maklumat dan semakan status bayaran setiap fasa boleh dilakukan secara dalam talian sepanjang tahun ini. Untuk semakan status bayaran sila ke pautan rasmi bantuan – Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Segala maklumat terbaharu berkenaan insentif STR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Info Lebih Lanjut

Tahun ini kerajaan persekutuan mahupun negeri telah perkenalkan lebih banyak kemudahan inisiatif khususnya bantuan kewangan bagi membantu golongan sasar dan memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, semakan – SENARAI BANTUAN boleh dirujuk untuk dapatkan bantuan yang berkelayakan.

Add comment