Kekasih kuat cemburu, pemuda ini pacak paku di tempat duduk pembonceng bukti kesetiaan

0

Memiliki kekasih yang cemburu ada kalanya nampak sweet, namun ada kalanya nampak kejanggalan. Menjadi viral di media sosial sejak minggu lepas beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh pengguna media sosial dimana seorang pemuda melakukan satu perkara yang boleh dianggap bijak dan tak terjangkau dek akal sihat demi membuktikan kesetiaannya pada kekasihnya yang kuat cemburu.

Akibat kekasihnya yang terlalu kuat cemburu dan curiga, seorang pemuda di Indonesia ini sanggup pacak paku di tempat duduk pembonceng belakang pada motor Honda Beat miliknya. Menurut pemuda tersebut beliau mempunyai cara tersendiri untuk membuktikan kesetiaannya
kepada kekasihnya itu sekaligus ingin membuktikan dia tidak sanggup selingkuhan dengan wanita lain.

Dia melakukan sedemikin bagi mengelak orang lain dari membonceng motorsikalnya terutamanya wanita lain. Disebabkan tempat duduk belakang motorsikal tersebut sudah dipenuhi paku-paku tajam maka kekasihnya itu terpaksa membonceng mootorsikal bersama
pemuda tersebut di bahagian hadapan.

Hmmm, begitulah lumrah percintaan. Ada kalanya kita sanggup buat tindakan seperti orang kurang siuman, tatkala orang lain tidak faham sebab kita melakukannya. Begitu juga makna cinta. Hanya cinta itu sendiri mampu menceritakan apa rasanya saat dilamun cinta. Korang pun mesti pernah buat perkara pelik waktu couple dulu kan? Tak baik menipu.

Apa-apa pun buat lah sesuaka hatimu, asalkan tidak mengganggu ketenteraman hidup orang lain. Menarik juga idea pemuda ini ya. Semoga kekal sehingga ke jannah ya kawan-kawan yang sedang hangat bercinta.

Leave A Reply

Your email address will not be published.