Mediaklik

KENYALANG GOLD CARD : BANTUAN IHSAN KEMATIAN (BIK) SEBANYAK RM3,000



KUCHING : Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sawarak telah memperkenalkan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang akan memberi manfaat kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card.

BIK ini adalah bertujuan untuk ihsan kematian iaitu kepada pemegang kad yang layak, dimana apabila mereka meninggal dunia warisnya akan mendapat bantuan ini bagi tujuan pengebumian






Berikut merupakan maklumat lanjut dan pelbagai manfaat lain mengenai pemegang Kenyalang Gold Card :



MANFAAT KENYALANG GOLD CARD

Berikut adalah kemudahan istimewa yang disediakan oleh pemegang Kenyalang Gold Card :

  • Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti, barangan keperluan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunkasi dan pengangkutan.
  • Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan.
  • Bantuan Ehsan Kematian (BIK) berjumlah RM3,000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun.

NOTA : BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.



SYARAT KELAYAKAN BIK

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada 1 Januari 2020
  • Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
  • Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak



CARA MOHON KENYALANG GOLD CARD (KGC)

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan :

    1.    Lengkapkan borang permohonan BORANG E-PERMOHONAN KGC




    2.    Muat naik dokumen yang diminta


    3.    Buat pengesahan dan klik SUBMIT



Pendaftaran anda berjaya!



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Tingkat Bawah,
Bangunan Baitulmal Makmur,
93050 Petra Jaya,
Kuching, Sarawak

Tel : 082-449140
Fax : 082-444331

Add comment