Kerajaan tidak gagal, yang gagal itu kita – Datuk Fizz Fairuz

0

Dalam menyifatkan kegagalan kerajaan pada harini membendung wabak Covid-19 yang semakin meruncing, Datuk Fizz Fairuz sempat memerli dalam satu insta story peribadinya beberapa hari yang lalu.

Melalui hantaran tersebut, Datuk Fizz Fairuz meminta kita semua berhati-hati terutamanya penduduk negeri Selangor dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Kerajaan tak gagal? Mungkin kita kot yang gagal !

Pada hantaran terdahulu, Fizz turut bertanya kepada pengikutnya dengan meminta mereka meneka jumlah kes yang akan direkodkan hari ini.

Pada ruangan komen hantaran sersebut ramai pengikutnya bersetuju dengan kenyataan pelakon Filem Munafik itu yang rata-rata sudah lali dan jemu dengan kesalahan demi kesalahan yang dilemparkan kepada rakyat walaupun sudah hampir 2 tahun rakyat jelata menjalani norma
baharu dalam PKP.

“Semua kita yang gagal. Depa (mereka) tak gagak. Asyik-asyik salah rakyat je.

“Tak tahu apa nak cakap, hanya mampu berdoa je sekarang ni. Sebab kita memang dah jaga kita. Menteri je tak jaga menteri,” tulis pengikutnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.