Kes harian Covid-19 di Selangor kini sudah mencecah 5000 lebih sehari

0

Pada 16 Julai 2021, kes harian jangkitan Covid-19 di negara ini kian meruncing. Setakat ini, statistik Covid-19 di Malaysia sudah pun mencecah 893,323 dan negeri Selangor antara penyumbang terbesar dan hingga kini negeri sudah mencatatkan kes harian tertinggi iaitu lebih 5000 kes harian. Ianya adalah paling tinggi setakat ini setelah hampir dua tahun negara kita dalam tempoh pelaksanaan PKP, PKP2.0 dan PKP3.0

12,541 kes harian Covid-19, lebih separuh di Lembah Klang pada 16 Julai 2021

Statistik terus mencatatkan lima angka dengan 12,541 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul 893,323 kes, maklum KKM.

Terdapat 7,116 kes di Lembah Klang dengan Selangor melaporkan 5,512 kes – yang kedua tertinggi dalam rekod.

Kes harian COVID-19 Selangor

Menurut sumber KKM, kes harian yang tinggi serta penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas ini adalah berpunca dari varian Delta dari India yang masuk ke Malaysia.

Baca juga : Varian Delta Penyumbang Kes Naik Mendadak di Malaysia

Pada 13 Julai 2021 yang lalu, KP Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah bekata Varian Delta yang dikesan sudah merebak hampir ke setiap negeri dipercayai antara punca peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini.

Untuk makluman, Varian Delta mampu merebak dengan cepat dan jangkitan boleh berlaku melalui pembawaan udara.

Dianggarkan statistik harian Covid-19 di Malaysia akan terus meningkat berpandukan beberapa sumber dari luar dan dalam negara akibat penularan Varian Delta yang sudahpun merebak ke 111 buah negara di dunia.

Statistik harian setiap negeri (Kumulatif):

 

Baca juga : Permohonan i-Citra KWSP 

Leave A Reply

Your email address will not be published.