Mediaklik

[KETAHUI SEKARANG!] BANTUAN TAMBAHAN SEHINGGA RM1,000 KHAS KEPADA PARA PENIAGA SELURUH MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini.





KADAR BAYARAN BANTUAN GKP 4.0


1. Peniaga yang layak akan menerima bantuan tambahan GKP 4.0 sebanyak : RM1,000


2. Bayaran GKP 4.0 akan salurkan secara berperingkat iaitu pada :

  • Fasa Pertama (September 2021) : RM500
  • Fasa Kedua (November 2021) : RM500



CARA BUAT PENDAFTARAN GKP 4.0 

Untuk makluman, pendaftaran bantuan bayaran GKP 4.0 akan dibuka pada : 

  • Pertengahan Julai 2021


Maklumat terbaru mengenai pendaftaran bantuan GKP 4.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Secara keseluruhannya kerajaan sudah memperuntukkan tambahan RM5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP. Pelaksanaan GKP itu berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau ‘business survival’ dalam kalangan pengguna kecil, terutama mereka yang tidak dibenarkan beroperasi.



Add comment