Lebih sebulan tak kerja, Azhan Rani lega akaun masih ada setengah juta. Sekali Nora Danish komen berapa yang dia ada

0

Pelakon yang meletop dengan watak Ustaz Hamadi, Azhan Rani beberapa hari lalu memuatnaik satu caption dimana beliau menarik nafas lega walaupun setelah sebulan lebih tidak bekerja akaun miliknya masih ada baki 580,000 .

Ramai netizen menyangka jumla tersebut adalah jumah wang miliknya di bank namun angka yang dikongsikan itu adalah jumlah pengikut di dalam Instagramnya yang kini mencecah 580,000 orang.

 

Dah sebulan lebih tak kerja, menggigil nak periksa dalam akaun ada berapa. Sekali periksa lega, ada 580,000 lagi.

“Fuh jadilah, walaupun itu hanya akaun Instagram sahaja,” selorohnya.

 

Gelagar Azhan turut mengundang komen daripada beberapa artis yang berkongsi jumlah dalam akaun masing-masing.

“Nasib saya 7.3 juta. Jom kita kongsi,” seloroh Nora Danish.

Sumber: Utusan

Leave A Reply

Your email address will not be published.