Lelaki ini maut dilanggar lori demi “malaikat maut challenge” di TikTok

0

Seorang remaja yang dikenali sebagai FA meninggal dunia dilanggar sebuah lori demi membuat konten malaikat maut challenge di media sosial TikTok.

Menurut salah seorang rakan mereka yang terselamat, mereka perlu berdiri di laluan kenderaan yang sedang bergerak dalam percubaan melakukan prank terhadap pemandunya sebelum segera beralih bagi mengelakkan diri dilanggar.

malaikat maut challenge tiktok

Tambahnya lagi FA kerap melakukan konten seperti itu kerana mahu videonya viral dan menjadi popular

Prank itu dianggap berjaya sekiranya kenderaan tersebut sempat berhenti tanpa menyebabkan kemalangan jiwa. Namun, perbuatan itu jelas sekali berbahaya dan dalam kejadian yang berlaku pada 11 Julai 2021 seorang remaja lelaki maut ketika melakukan cabaran tersebut di Daerah Cikarang Utara, Bekasi.

VIDEO : Aksi berani demi konten viral malaikat maut challenge, remaja maut dilanggar lori

Ketua Polis Trafik Bekasi, Komisioner Argo Wiyono berkata, siasatan awal mendapati ini bukan kali pertama mangsa melakukan aksi berbahaya itu demi menarik perhatian netizen di media sosial.

Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut, termasuk mengesan pemandu lori terbabit selepas pemandu tersebut bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.

Baca juga : Punyai wajah mirip Shah Rukh Khan, aksi lelaki ini menjadi viral di TikTok

Sementara itu, Pakar Psikologi, Rose Mini Agoes Salim berkata, ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami mengapa remaja sanggup melakukan perbuatan berbahaya itu. Kecenderungan remaja untuk melakukan cabaran berbahaya seperti itu adalah untuk memenuhi keperluan identiti diri.

Sebelum peristiwa ini terjadi, FA bersama rakan-rakan lain telah membuat tujuh kali video challenge ‘Malaikat Maut’.  Namun sewaktu membuat video kelapan, FA terkorban dalam usahanya mencoba menghadang sebuah lori demi konten di TikTok.

Sumber : CNN Indonesia

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.