Misai tak tumbuh sepanjang tempoh tahanan reman, Safiey Illias luah rasa syukur

0

Mujurlah saya juga bukan orang yang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang dalam tahanan. “

Safiey Illias mengakui baru sahaja dibebaskan setelah menjalani kehidupan selama lima hari di sel tahanan reman atas dakwaan melakukan gangguang seksual melalui satu video yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

Melalui vide tersebut kelihatan beliau bersama rakannya dilihat cuba berbual mengenai isu terlarang, menari tarian berunsur 21SX  serta berbual lucah dengan dua remaja lelaki berkenaan yang dipercayai masih bersekolah.

Kongsi Safiey menerusi sesi siaran langsung pada Rabu, dia memaklumkan mendapat layanan yang baik sepanjang berada di lokap.

“Saya dit4han bersama Fifi (@pipinatasha), kami tak nampak tahanan yang lain, hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang.

“Seksa tau lima hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, tak ada selimut atau bantal. Berbantalkan lengan saja.

“Makan macam gelandangan sikit, tapi okeylah tak ada masalah pun. Kami diberi makan tiga kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang.

“Mujur ada juga pegawai polis yang baik hati berkongsi makan ayam penyet dan sardin yang isteri dia bekalkan. Sebagai balasan saya tolong cuci pinggan.

“Sepanjang lima hari itu juga kami tak mandi sebab nanti nak kena basuh rambut. Cuma, muka tu cucilah pagi-pagi macam biasa. Kita tetap kena pose,” ceritanya.

Difahamkan Safiey dan Pipinatasha yang memakai baju seksi ketika dalam live berkenaan telah sengaja menunjukkan buah dada mereka pada remaja lelaki tersebut.
Malah tanpa segan silu perbuatan tersebut telah menimbulkan keres4han dalam kalangan masyarakat.

Secara tidak langsung perbuatan ini sememangnya melanggar fitrah seorang manusia apabila melakukan pembed4han jantina atau
pengubahan bentuk badan.

“Isu di sini adalah aksi menggoyang-goyangkan buah dada ditonjolkan Safiey berunsur seksual. Sebagai ibu dan seorang pendidik, perbuatan seperti itu amat mengganggu emosi. Perbuatan itu juga satu bentuk provokasi terhadap agama semakin meningkat”, kongsi Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam Malaysia Kini.

Safiey mengakui selama di lokap misai nya tak tumbuh

Dalam satu post di facebook beliau telah memuat naik berkenaan misainya yang tidak tumbuh selama tempoh tahanan di lokap dan beliau bersyukur kerana beliau bukan lah seseorang yang mudha tumbuh bulu apatah lagi misai.

Mujurlah saya juga bukan orang yang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang dalam tahanan. “

Leave A Reply

Your email address will not be published.