Mediaklik

MOHON BANTUAN COVID-19 SEBANYAK RM300 SECARA ONE OFF BERMULA OGOS INI!


Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19. Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off  untuk penjaja dan peniaga kecil yg berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan  bantuan berjumlah RM 300 bagi setiap pemegang lesen.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak Covid-19.





KADAR BANTUAN

Kadar bantuan penjaja dan peniaga kecil yang layak akan mendapat sebanyak:

  • RM300 secara one off


TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 7 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021


SYARAT KELAYAKAN

1. Semua penjaja dan peniaga kecil termasuk peniaga pasar awam yang berlesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh

2. Lesen perniagaan mestilah aktif

3. Pelesen yang layak adalah yang berlesen dengan MBI setakat Jun 2021

4. Pemohon yang telah memohon dan telah menerima bantuan dari PBT lain tidak layak memohon bantuan ini



CARA PERMOHONAN

Kepada penjaja dan peniaga yang berminat boleh buat permohonan melalui langkah-langkah berikut:


1. Sila layari laman d.mbi.gov.my/penjaja

2. Masukkan no. akaun dan klik SEMAK – hanya pemohon yang layak sahaja, butiran maklumat pelesen akan dipaparkan

3. Sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti no. kad pengenalan, no. telefon yang boleh dihubungi, no. akaun bank yang aktif, nama bank dan emel

4. Sila tanda akuan pengesahan

5. Sila muat naik file yang mengandungi salinan ic dan penyata bank ( di dalam satu file)

6. Klik HANTAR


Dokumen Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan pemohon

2. Penyata buku bank yang lengkap, jelas, terkini dan aktif

3. Permohonan yang lengkap beserta dokumen akan memudahkan proses permohonan dan kemasukan wang bantuan


Permohonan yang lengkap dan layak akan menerima bantuan masing-asing dalam masa 5 hari bekerja. 


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 05 2058047.

Add comment