Mediaklik

MOHON INSENTIF KEWANGAN SEHINGGA RM390 KEPADA GOLONGAN B40


Para pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)! Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) yang sedang mengumpul maklumat pelajar UUM bagi permohonan bantuan zakat/ asnaf UUM bagi sesi 1 tahun 2022.

Bagi yang berkelayakan, anda boleh mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Bahagian Al Ehwal Pelajar UUM. Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2022 sahaja, 






KADAR BANTUAN ZAKAT UUM

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  • Minimum RM300/ Seorang, 
  • Maksimum RM390/seorang



TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan zakat UUM dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 5 Januari 2022 – 31 Januari 2022


SYARAT KELAYAKAN

1. Pelajar berdaftar dengan pihak UUM (Sarjana Muda dan Pascasiswazah)

2. Warganegara dan Bukan Warganegara

3. Permohonan SEKALI SAHAJA dalam tempoh SETAHUN/ 2 Semester

4. Pendapatan keluarga kurang daripada RM4,000

5. Status AKTIF ketika memohon

6. Termasuk dalam 8 golongan Asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Al-Riqab, Al Qharimin, Fisabililah, Ibnu Sabil)



CARA PERMOHONAN

Kepada pelajar UUM yang memerlukan bantuan ditawarkan, sila buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online melalui pautan berikut:


Pelajar yang layak akan menerima Zakat terus ke Akaun Pelajar atau KiplePay. 


Sebarang pertanyaan lanjut, saudara/i boleh berhubung dengan pegawai Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284083 (En. Shahadat) / 04-9284088 (En. Shahrul) atau e-mel sssdhep@uum.edu.my.


Add comment