Mediaklik

MOHON INSENTIF SIP PRIHATIN 2.0 SEHINGGA RM600 KEPADA INDIVIDU YANG MENGANGGUR ATAU MENCARI PEKERJAAN


Permohonan untuk insentif SIP Prihatin 2.0 yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) dibuka bermula Khamis (15 Julai 2021) sehingga 31 Disember 2021.

SIP Prihatin 2.0 telah diperkenalkan di bawah Pemulih oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 yang lalu bagi memperluaskan jaringan perlindungan sosial kepada pelbagai lapisan masyarakat dan meringankan beban mereka amnya ketika krisis Covid-19 ini.

Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau dikenali sebagai SIP PRIHATIN 2.0 adalah Elaun Mencari Pekerjaan bagi tempoh 2 bulan dan Elaun Persediaan Bekerja sekiranya telah kembali bekerja bagi individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO dan juga bagi individu yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan.








TARIKH PERMOHONAN

Pendaftaran untuk program Elaun Mencari Pekerjaan akan dibuka pada:

  • 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021



KADAR ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:

  • RM300 x 2 bulan


Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off



GOLONGAN YANG LAYAK

  • Graduan baharu
  • Lepasan sekolah
  • Pekerja Sektor Tidak Formal


SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan membuat permohonan Elaun Mencari Pekerjaan adalah:

1. Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan

2. Golongan yang menganggur

3. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MYFutureJobs

4. Mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO

5. Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian



CARA DAFTAR MYFUTUREJOBS

Individu perlu berdaftar di bawah platform MyFutureJobs untuk menerima inisiatif ini. Berikut adalah panduan membuat pendaftaran MyFutureJobs:


1. Layari laman web myfuturejobs.gov.my
2. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin

3. Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register

4. Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register

5. Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. 


Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.



CARA MOHON ELAUN SIP PRIHATIN 2.0

Permohonan boleh dibuat melalui:

1. Aplikasi Prihatin PERKESO

2. Muat turun aplikasi melalui Play Store dan App Store untuk buat permohonan dan semakan statu permohonan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 

  • Talian 1 300 22 8000 
  • Email ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my.

Add comment