Mulut disumbat kulit durian setelah kantoi mencuri

0

Mulut disumbat kulit durian – Padah mencuri durian di sebuah dusun di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering, Taiping, dua lelaki ditangkap pemilik dusun durian berkenaan bersama penduduk kampung awal pagi semalam.

Bengang dengan tindakan penceuri tersebut penduduk kampung menyumbat kulit durian ke dalam mulut pencuri berkenaan sebelum kedua-dua mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata dalam kejadian 3 pagi itu, pemilik dusun durian berusia 69 tahun bersama dua rakannya pergi ke deusun di kampung itu untuk mengutip buah durian.

mulut disumbat kulit durian

Setibanya mereka disitu, kelihatan sebuah kenderaan Toyota Hilux serta kelibat dua orang lelaki sedang mencuri durian di dusun itu sebelum ditangkap dengan bantuan penduduk kampung.

Baca juga : Buang kulit durian di tanah perkuburam, lelaki ini ditahan.

“Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua suspek berusia 28 dan 30 tahun mengambil kesempatan memasuki kebun penduduk pada sebelah pagi
dan menutip durian yang luruh.”

“Pemeriksaan pada but kenderaan, menemui raga yang mengandungi 30 durian berharga kira-kir RM500, dipercayai dicuri dari kebun pemilik,” katanya dihubungi media, malam tadi.

Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang berjalan.

Mulut disumbat kulit durian 

Baca juga : Wanita ini simpan bantal busuk sejak tahun 1998! Ini kisah disebaliknya.

Sumber: Metro

Leave A Reply

Your email address will not be published.