MySalam 2024 : Bantuan RM700 setahun disediakan kepada penduduk Malaysia yang berstatus golongan B40 melalui skim perlindungan kesihatan.
Untuk sedia maklum, program khas skim mysalam ini merupakan bantuan yang dikreditkan secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan.
Bantuan RM700 Melalui MySalam 2024
Berita baik untuk rakyat Malaysia, skim mysalam masih terus dilaksanakan pada sesi tahun 2024 agar manfaat masih boleh didapatkan. Program mysalam atau inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma ini disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Kepada penerima bantuan kewangan kerajaan seperti BSH, BR1M, BKM dan STR, mereka secara automatik layak menerima dan menebus bantuan mysalam.
Ini adalah merupakan salah sebuah bantuan yang ditawarkan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah menerusi dana amanah MySalam. Manfaat yang boleh didapatkan dalam skim ini adalah bayaran tunai RM8,000 one-off seumur hidup apabila didiagnos salah 1 dari 45 penyakit kritikal.
Individu juga boleh dapatkan bayaran tunai RM50 sehari bagi maksimal dalam tempoh 14 hari hospitalisasi. Dengan cabaran kewangan pada waktu ini, skim khas mysalam ini dapat mengurangkan beban dan membantu memudahkan kehidupan dengan penyakit yang dihidapi.
Manfaat Dalam Skim Bantuan MySalam 2024
Untuk makluman umum, skim perlindungan MySalam ini akan terus dilancarkan bagi tempoh dua (2) tahun lagi bagi memberi manfaat kepada rakyat B40. Antara manfaat yang disediakan adalah seperti berikut :
- Terima bayaran bantuan harian dalam tempoh 14 hari pada kadar RM40, atau maksimum RM700 setahun
- Bayaran RM8,000 seumur hidup yang akan diagihkan dalam masa diumumkan.
Semakan Kelayakan MySalam 2024 Dibuka
Bermula 7 Julai 2024, semakan kelayakan mysalam 2024 telah dibuka secara menyeluruh. Untuk peserta yang berkelayakan, jika anda dimasukkan ke hospital kerajaan atau didagnosis dengan penyakit kritikal sehingga Disember 2024.
Tuntutan boleh dibuat bermula 7 Julai ini melalui laman rasmi yang disediakan dan pastikan dokumen penting yang diperlukan anda sediakan untuk pengesahan. Untuk semakan dan tuntutan, panduan telah disediakan, sila layari pautan rasmi skim bantuan – MySalam 2024
Maklumat Tambahan
Selain mysalam, terdapat pelbagai jenis bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan dan agensi bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan. Sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk anda mohon.
Add comment