MySejahtera 2.0 Fungsi Baru dan Kemaskini Rekod Imunisasi

0

Menteri Kesihatan Khairy jamaluddin baru-baru ini mengumumkan aplikasi MySejahtera 2.0 kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu dengan lebih cekap dan efisien.

Pengenalan MySejahtera 2.0?

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi menggunakan pelbagai perubahan baharu di apps tersebut.

Antara fungsi baharu pada aplikasi tersebut segala rekod vaksinasi COVID-19 pengguna akan
diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama.

Butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera di samping rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera.

Baca juga : Dermasiswa B40 Tahun 2022

Namun, fungsi ini hanya dapat dilihat di MySejahtera selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi
Bacilus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan bagi bayi yang lahir sebelum 1 Julai 2022. Sementara buat masa ini hanya rekod imunisasi untuk bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

Terlupa Kata Laluan MySejahtera

Langkah-langkah sekiranya anda lupa kata laluan:-

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada LUPA KATA LALUAN
  3. Masukkan MySejahtera ID anda ( email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini. )
  4. Kemudian klik SAYA BUKAN ROBOT
  5.  Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan
  6. Setelah selesai,tekan HANTAR
  7. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.
  8. Semak email atau SMS dan tekan link yang diberikan.
  9. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan
  10. Tekan SET SEMULA KATA LALUAN
  11. Anda akan menerima notifikasi BERJAYA apabila kata laluan anda berjaya di set semula
  12. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MySejahtera di pautan berikut  https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/

Leave A Reply

Your email address will not be published.