Nadir Al Nuri terima saguhati dari Firdaus Wong, tapi tindakan Nadir seterusnya buat ramai terharu

0

Firdaus Wong, seorang pendakwah bebas yang selama ini memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau tetap berdiri teguh di belakang penyanyi rap Caprice di dalam isu yang melibatkan konflik antara Caprice, Nadir Al Nuri dan Ebit Lew.

Baru-baru ini Firdaus Wong menunjukkan sokongan penuh kepada Nadir Al-Nuri setelah dua sesi live yang telah dimuatnaik oleh Nadir sendiri bagi menjawab persoalan yang dilemparkan kepadanya mengenai laporan audit dan perjalanan NGO Cinta Gaza Malaysia yang dipimpin beliau sekaligus menjawab persoalan Ebit Lew tentang dana RM20 juta yang diterima oleh NGO tersebut.

Oleh kerana ketelusan, dan ketenangan dalam menjawab persoalan yang dilemparkan serta melihat kepada kesungguhan Nadir Al Nuri dalam misi kemanusiaan di Gaza, Firdaus Wong memaklumkan kepada Nadir bahawa beliau ingin memberikan saguhati kepada Nadir.

Nadir tolak sumbangan, minta disumbangkan kepada CGM sahaja

Melalui satu screenshot yang menjadi tular di media sosial, Firdaus Wong mengulang siar perbualan antara beliau dengan Nadir Al Nuri.

“Selesai program, saya minta Muhammad Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati. Dalam hati saya, Allah pilih dia (Muhammad Nadir) wakil kita di Gaza,” katanya

Nadir dalam sesi live nya baru-baru ini menegaskan bahawa hanya 3% dari dana RM20 juta diambil bagi membayar tenaga kerja pertuuhan bukan kerajaan NGO

Leave A Reply

Your email address will not be published.