Nampak lain dari yang biasa, ini harga bong syabu yang digunakan Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie

0

Lanjutan kes penyalahgunaan dadah yang dihadapi oleh Nia Ramadhani bersama suami dan pemandu peribadinya, pihak polis Indonesia menemukan barang terlarang tersebut di sebuah rumah Pondok Pinang milik Nia dan Ardi pada Rabu 7 Julai 2021.

Seberat 0.78 gram syabu ditemukan dan sebuah bong atau dapur dadah, iaitu alat menghisap syabu ditemukan, kata ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Yusri Yunus.

Lihat juga : Setengah bulan kerja tanpa gaji, doktor palsu ini akhirnya kantoi dengan member sendiri

Difahamkan Nia dan Ardi Bakrie menggunakan syabu selama lima bulan gara-gara tekanan yang dihadapi mereka sepanjang pandemik. Manaka bong yang digunakan oleh Nia dan Ardi berbeza dengan alat penghisap syabu yang biasa digunakan oleh penagih dadah yang lain.

Sumber gambar : insertlive

Semasa memberikan sidang media itu kepada kru media, Yusri Yunus dan anggotanya menunjukkan bukti penemuan mereka sewaktu suspek berjaya diberkas.

Kelihatan bong yang digunakan mereka mempunyai bahan kaca bulat dibahagian bawah dan mempunyai selang di bahagian atas. Nampak mewah dan ber-kelas, bong tersebut dipercayai berharga RM50 -RM250.

nia ramadhani dadah

Lihat juga : Wajah terbaru Nia Ramadhani yang cengkup dan pucat

Pihak polis Indonesia masih menyiasat perkembangan kes ini dan memburu pihak yang bertanggungjawab mengedar bahan terlarang itu kepada Nia sekaligus mampu membanteras pengedaran dadah di ibukota Jakarta itu.

Nia Ramadhani dan suami berserta pemandu peribadinya sehingga kini masih dalam tahanan polis susulan kes penyalahgunaan dadah terhadapnya.

Jauhi dadah! Anda mampu mengubah masa depan anda yang lebih baik. Kami dari Team Media Klik memohon pembaca untuk sama-sama kita dedahkan keburukan penyalahgunaan dadah kepada semua lapisan masyarakat dalam membina negara bangsa merdeka yang lebih selamat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.