Padah Sebarkan Berita Palsu Tentang Vaksin, Suri Rumah Didenda RM12,000

0

Tindakan seorang suri rumah yang menyebarkan video tidak benar tentang vaksin Mei lalu, mengundang padah apabila dia didenda sebanyak RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Tengku Noor Azlin Wa Kembang Tengku Azizan ,46, selepas wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya Tengku Noor Azlin gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan dan OKS membayar jumlah denda berkenaan.

Terdahulu sebelum hukuman denda itu dijatuhkan, hakim itu berkata kesalahan yang dilakukan OKS berkemungkinan mendatangkan kebimbangan kepada orang awam sekaligus membantutkan usaha kerajaan dalam memerangi pandemik.

“Tempoh masa kesalahan yang d1lakukan adalah pada masa kerajaan bertungkus-lumus dalam menjalankan program vaksinasi secara menyeluruh untuk membasmi penularan wabak Cov1d-19, ” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Tengku Noor Azlin didakwa dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam telah menyebarkan berita tidak benar melalui satu hantaran video yang bertajuk ‘siapa yang dah daftar! lelaki ini bongkar bahayanya vaksin Cov1d-19? melalui perkhidmatan Facebook dengan menggunakan nama profil ‘Kak Siti Wakembang’.

Hantaran itu dibuat pada 25 Mei 2021 pukul 11.44 malam yang kemudian dibaca pada 3 Jun 2021 pukul 8.30 pagi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu)(No.2 ) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maks1mum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu OKS yang tidak diwakili peguam dalam rayuanynya memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan tidak bekerja dan hanya seorang suri rumah.

“Saya mengaku bersalah, dalam kes ini niat saya bukan untuk memviralkan (video) sebaliknya untuk sahabat saya komen dan pendapat mereka dengan video itu,” katanya.

Bagaimanapun Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap OKS kerana perbuatannya boleh mendatangkan kebimbangan
tatkala negara masih lagi berperang dengan Cov1d-19.

Sumber : Kosmo

Leave A Reply

Your email address will not be published.