Mediaklik
Panduan Mohon Rumah PPR Tahun 2024

Panduan Mohon Rumah PPR Tahun 2024

Panduan Mohon Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) tahun 2024 telah disediakan di ruangan halaman kali ini untuk rujukan umum.

Pelbagai program, skim bantuan dan kemudahan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama golongan sasar.

Panduan Mohon Rumah PPR Tahun Ini

Jabatan Perumahan Negara dibawah pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah sebuah agensi yang melaksanakan projek-projek PPR seluruh Malaysia.

Program Perumahan Rakyat atau PPR ini masih dibuka kepada orang awam khusus bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun ini.

Pada kadar harga mampu miliki, semua unit rumah PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang telah ditetapkan.

Perkara ini telah termaktub dalam standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah rumah pangsa (CIS2) yang telah diperkenalkan.

Syarat Kelayakan Khusus Mohon Rumah PPR

Antara kriteria syarat kelayakan yang wajib dan telah ditetapkan adalah seperti ;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun dan keatas
  3. Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000
  4. Pemohon belum memiliki rumah sendiri
  5. Mematuhi terma dan syarat tambahan daripada pihak kerajaan negeri.

Kategori Jenis Rumah PPR Yang Boleh Di Mohon

Untuk makluman umum, terdapat dua (2) jenis kategori yang ada di dalam program perumahan rakyat (PPR) seperti dibawah ;

  • PPR untuk dimiliki : (RM35,000) seunit di Kawasan semenanjung Malaysia & (RM42,000) seunit bagi kawasan Sabah dan Sarawak
  • PPR untuk disewa : Bayaran bulanan serendah RM124

Ciri-Ciri Reka Bentuk Rumah PPR

  • Kawasan bandar : Rumah adalah jenis bertingkat (6 hingga 18 tingkat)
  • Kawasan luar bandar : Rumah adalah jenis teres
  • Keluasan dalam rumah : Mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang dapur, 1 ruang tamu dan 2 bilik air
  • Kemudahan asas dipersekitaran seperti : Ruang orang ramai (dewan), surau, gerai makan, tadika, kemudahan OKU, taman permainan dan rumah sampah.

Permohonan Rumah PPR 2024 Dibuka

Kepada yang berkenaan dan berkelayakan, permohonan menyertai program PPR ini boleh dibuat bagi mendapatkan rumah pada kadar harga mampu milik. Untuk cara mohon dan panduan lengkap, sila layari portal rasmi program – PPR (TEDUH KPKT)

Informasi Lebih Lanjut

Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah menyediakan bermacam jenis bantuan khusus bagi membantu dan menangani masalah beban kos sara hidup rakyat. Sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada waktu ini dan layak untuk dimohon.

Add comment