Mediaklik
Panduan Semak eBantuan JKM Tahun 2024

Panduan Semak eBantuan JKM Tahun 2024

Panduan Semak eBantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) bagi tahun 2024 telah disediakan butiran ringkas di halaman ini.

Seperti sedia maklum, skim bantuan kebajikan adalah sebahagian inisiatif di bawah Bajet Belanjawan 2024.

Panduan Semak eBantuan JKM Secara Online

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai jenis program skim bantuan bagi membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kelompok golongan sasar. Terdapat bantuan bulanan, one-off dan tahunan ditawarkan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan.

Di bawah disediakan panduan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi ebantuan JKM tahun ini seperti berikut ;

  1. Langkah pertama adalah mengakses portal rasmi – eBANTUAN JKM
  2. Sekiranya belum mempunyai akaun, individu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi maklumat yang diperlukan
  3. Setelah berjaya log masuk, semakan senarai bantuan yang disediakan boleh dilakukan
  4. Permohonan mengikut kategori bantuan boleh dibuat selagi menepati syarat
  5. Semakan status permohonan, tarikh bayaran dan perkara berkaitan.

Semak Senarai eBantuan JKM 2024

Pihak JKM masih terus menyediakan pelbagai jenis inisiatif bantuan pada tahun ini yang boleh dimohon termasuk ;

  1. Bantuan Latihan Perantis
  2. Bantuan Kanak-kanak
  3. Bantuan warga emas
  4. Bantuan Am persekutuan
  5. Bantuan geran pelancaran
  6. Bantuan alat tiruan/ sokongan
  7. Bantuan anak peliharaan
  8. Tabung bantuan segera
  9. Elaun pekerja cacat

Setiap kategori bantuan yang ditawarkan mempunyai syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat semakan penuh butiran maklumat di halaman rasmi eBantuan JKM atau hubungi talian khas di – 03 8000 8000 untuk sebarang pertanyaan berkenaan ebantuan JKM.

Informasi Lebih Lanjut

Pada tahun 2024 ini terdapat banyak insentif bantuan telah diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup orang awam terutama golongan sasar. Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada dan berkelayakan untuk permohonan dibuat.

Add comment