Pelawak terkenal direman polis, bantu siasatan kes pemerdagangan manusia

0

Seorang pelawak tersohor tanah air ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bekata, pelawak lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas yang dilakukan pada jam 10:00 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas mendapat maklumat daripada bawahannya – Superintendan Amran Mohd Ghani.

Memetik daripada laporan SInar Harian, pihak Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Siasatan masih sedang dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkunsan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit, jelasnya

Suspek direman empat hari bermula Ahad sehingga Khamis ini mengikut prosedur jenayah. Manakala mangsa telah mendapat perlindungan sementara di rumah perlindungan di Johor.

Leave A Reply

Your email address will not be published.